Hukum Seorang Lelaki Mengahwini Wanita yang Berzina Dengannya

August 5, 2008 at 1:17 pm | Posted in SOAL JAWAB | Leave a comment

ImageOleh: Majlis Kajian dan fatwa Eropah 

Lelaki dan wanita yang berzina apabila mereka bertaubat kepada Allah taala, dan mereka berdua hendak keluar dari perbuatan yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang keji kepada kehidupan yang bersih, maka perkahwinan mereka adalah sah dengan kesepakatan para ulama. Disamping kebanyakan para fuqaha tidak mensyaratkan taubat untuk menjadikan pernikahan mereka sah. Sepertimana yang diriwayatkan bahawasanya ‘Umar RA:  ضرب رجلاً وامرأة في الزنى، وحرص على أن يجمع بينهما

Maksudnya: “(‘Umar) Telah menyebat lelaki dan wanita yang berzina, dan dia menggalakkan untuk disatukan antara mereka berdua.”[1]

Ulama yang mensyaratkan taubat adalah ulama dari mazhab al-Hambali berdasarkan firman Allah taala:

الزَّانِي لا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina  ataupun perempuan musyrik,dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman.” (al-Nur: 3)

Adapun persoalan iddah, apakah wajib ke atas wanita yang berzina itu terlebih dahulu melepasi iddah ataupun tidak?  Dalam perkara ini ada perbezaan pendapat di kalangan ulama fiqh.

Yang kami pilih ialah pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi, Syafie dan al-Thauriy yang berpendapat: “Wanita yang berzina tidak ada iddah padanya. Walaupun dia hamil daripada zina. Pendapat ini diriwayatkan daripada 3 orang sahabat al-Khulafa’; Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Ali R.’anhum. mereka berdalilkan dengan hadith:

الولد للفراش، وللعاهر الحجر

Maksudnya: “Anak itu bagi sisuami (pasangan wanita) dan bagi penzina itu adalah hukuman rejam.” (al-Bukhari dan Muslim)

Ini kerana iddah itu disyariatkan untuk membersihkan rahim sebagai memelihara nasab, sedangkan zina tidak ada kaitan dengan penthabitan nasab, maka tidak diwajibkan iddah.

Maka apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan yang hamil daripada zina bukan dengannya, sah pernikahan itu disisi Abu Hanifah dan sahabatnya Muhammad (Hasan al-Syaibani). Akan tetapi lelaki itu tidak boleh menyetubuhi wanita tersebut sehinggalah wanita itu bersalinkan anak tersebut, berdasarkan hadith:  ‏لَا

يَحِلُّ لِامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَسْقِيَ مَاءَهُ زَرْعَ غَيْرِهِ

Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki yang beriman kepada allah dan hari akhirat, memasukkan benihnya ke ladang orang lain. (yakni wanita yang hamil bukan dari benihnya” (HR Ahmad dan Abu Daud)

Ini berbeza  jika wanita itu hamil dari benihnya sendiri, maka pernikahan mereka harus dengan kesepakatan ulama-ulama mazhab Hanafi, apabila harus pernikahan mereka maka harus juga persetubuhan mereka di sisi ulama-ulama mazhan Hanafi kesemuanya, kerana benih yang ada dalam kandungan wanita itu adalah benihnya dan kehamilan itu daripadanya. 



[1] Daripada Abdillah Ibn Abi Yazid daripada bapanya: “Bahawasanya seorang lelaki telah mengahwini seorang perempuan, dan perempuan itu ada seorang anak perempuan yang bukan dari lelaki tersebut, manakala lelaki itu pula memiliki seorang anak lelaki yang bukan dari wanita tersebut. Lalu budak lelaki itu berzina dengan budak perempuan tersebut, lalu budak perempuan itu hamil, ketika ‘Umar datang ke Mekkah perkara tersebut diangkat kepadanya, lalu ‘Umar bertanya kepada budak lelaki dan perempuan itu, dan mereka memperakuinya, lalu ‘Umar menjatuhkan hukuman hukuman Had ke atas mereka berdua, dan ‘Umar menggalakkan supaya mereka disatukan (dikahwinkan), akan tetapi budak lelaki itu tidak mahu.” (al-Imam a l-Syafie meriwayatkan athar ini dalam Musnadnya dan di dalam al-Umm, demikian juga ‘Abd al-Razak di dalam al-Musannaf, Said ibn Mansur di dalam al-Sunan, Ibn Abi Syaibah di dalam al-Musannaf dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra

 

sumber: http://al-qayyim.net/web/index.php?option=com_content&task=view&id=450&Itemid=2

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: