Mufti Perlis akui ditawar jadi calon Permatang Pauh

August 5, 2008 at 4:44 am | Posted in BERITA | Leave a comment

 

PUTRAJAYA 4 Ogos – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengakui telah ditawarkan menjadi calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Mohd. Asri menolak tawaran itu secara baik kerana berpandangan beliau sudah selesa dengan bidang keagamaan yang diceburi.

“Ya, saya memang orang Permatang Pauh dan memang banyak pertanyaan supaya saya menjadi calon di Permatang Pauh tetapi saya tidak minat.

“Cukuplah, bagi pada orang politik lainlah. Saya tidak mahu tambah kekusutan politik yang ada… lagi pun ini (politik) bukan medan saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Asri ditanya pandangannya sama ada beliau mahu mengikut jejak beberapa pemimpin agama sebelum ini untuk menyertai politik termasuk menjadi calon menentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Antara pemimpin agama yang menyertai politik ialah dua bekas Imam Besar Masjid Negara, Taib Azamuddin Mohd. Taib dan Datuk Pirdaus Ismail.

Taib kini ialah Ahli Parlimen Baling manakala Pirdaus yang merupakan Exco Pemuda UMNO pernah bertanding sebanyak dua kali atas tiket Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh pada pilihan raya umum 2004 dan Mac 2008.

Dalam kedua-dua cubaan itu, beliau tewas kepada isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya pada 8 Mac lalu mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di Permatang Pauh.

Sementara itu, ditanya mengenai persepsi banyak pihak termasuk para pemimpin BN sendiri bahawa Anwar sukar ditewaskan di Permatang Pauh, Mohd. Asri memberitahu: “Yang penting bagi Anwar ialah beliau mesti meningkatkan majoritinya. Majoritinya tidak boleh kurang daripada apa yang diperoleh oleh isterinya sebelum ini. Jika sebaliknya berlaku, tidak tahulah.”

Dalam pada itu, Mufti Perlis menyatakan rasa khuatir kemungkinan agak terlewat untuk memberi keadilan kepada bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa diliwat oleh pemimpin politik itu.

“Kes yang dihadapinya perlu diambil tindakan segera. Keadilan perlu diberi sama rata baik kepada Anwar mahupun kepada Mohd. Saiful,” ujarnya.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: