BN terima baik penolakan Mufti Perlis

August 6, 2008 at 12:53 am | Posted in BERITA | Leave a comment

KUALA LIPIS 5 Ogos – Barisan Nasional (BN) menerima baik penolakan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang ditawarkan sebagai calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh menentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagaimanapun menjelaskan beliau tidak tahu menahu mengenai tawaran yang dibuat kepada Mohd. Asri untuk menjadi calon atas tiket BN pada pilihan raya kecil itu nanti.

‘‘Dia (Mohd. Asri) tidak mahu, tetapi saya tak tahu bila tawaran itu dibuat dan bukan saya yang buat tawaran tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Agropolitan Gahai dekat sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas kenyataan Mohd. Asri yang mengaku ditawarkan sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh menentang Anwar.

Mohd. Asri yang menolak tawaran itu dengan baik, berpandangan beliau selesa dengan bidang keagamaan yang diceburi pada masa ini.

Mengulas lanjut, Abdullah memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan tawaran itu dibuat oleh pengundi atau ahli-ahli UMNO di Permatang Pauh yang melihat beliau layak menentang Anwar berdasarkan latar belakangnya.

‘‘Mungkin orang kampung dia (Mohd. Asri). Apabila dia balik kampung, orang kampungnya menawarkan dia menjadi calon menentang Anwar,” katanya.

Mengulas tawaran bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd. Nor yang menawarkan diri menentang Anwar di Permatang Pauh, Abdullah menegaskan, BN belum membuat sebarang keputusan mengenai calon yang sesuai bagi pilihan raya kecil itu.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: