Perlukan muslimat memakai stokin kaki?

August 7, 2008 at 12:55 pm | Posted in ARTIKEL | Leave a comment

assalamualaikum..

Baru-baru ini saya menerima pertanyaan sama ada apa yang berada di bawah pergelangan kaki wanita adalah aurat yang wajib ditutup atau tidak. Ia merujuk kepada suasana perlu atau tidak para muslimat memakai stokin kaki.

Jadi bersama ini saya kongsikan jawapan saya kepada warga AFN. Apa-apa pandangan dan pembetulan dialu-alukan.

====================

Berkenaan persoalan apakah apa yang berada di bawah pergelangan kaki wanita adalah aurat yang wajib ditutup atau tidak, marilah kita mengkaji dalil-dalil yang digunakan oleh kedua-dua pihak, pertama oleh mereka yang berkata ia wajib ditutup dan kedua oleh mereka yang berkata ia tidak wajib ditutup.

[1] Dalil al-Qur’an.

Surah an-Nur 24:31: “Janganlah mereka (wanita mukminat) menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya.”

Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas bahawa apa yang zahir ialah muka dan tangan (selepas pergelangan tangan). Namun riwayat ini diperselisihkan darjatnya.

Pendapat lain menyatakan, termasuk yang zahir ialah muka, tangan dan di bawah pegelangan kaki.

[2] Dalil as-Sunnah.

Dari Umm Salamah r.a., ketika Rasulullah s.a.w. menerangkan tentang sarung, aku bertanya: “Ya Rasulullah! Bagaimana dengan sarung orang wanita?” Baginda menjawab: “Labuhkan ukuran sejengkal.” Aku bertanya lagi: “Bagaimana jika terbuka darinya (hingga nampak kaki)?” Baginda menjawab: “Labuhkan lagi ukuran sehasta, jangan melebihi itu.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4117].

Hadis ini menimbulkan dua pandangan:

a = Ia adalah dalil jelas (Qat’e ad-Dilalah) bahawa keseluruhan kaki ialah aurat, termasuklah di bawah pergelangan kaki. Ini pandangan majoriti.

b = Ia adalah dalil yang tidak jelas (Dzann ad-Dilalah) sebab ukuran sehasta itu hendak dimulakan dari mana?

Beberapa kitab syarah hadis yang saya rujuk berkata ia bermula dari pertengahan betis. Tetapi ukuran ini masih longgar, kerana batas pertengahan itu agak subjektif. Justeru betis confirm aurat tetapi apa yang berada di bawah pergelangan kaki belum confirm aurat atau tidak.

[3] Dalil ijma’.

Setakat yang saya cari, tidak ada ijma’ bahawa apa yang berada di bawah pergelangan kaki adalah aurat yang wajib ditutup. Yang benar ia adalah pendapat jumhur = Maliki, Syafi’e dan Hanbali. Hanafi berselisih pandangan. Sebahagian tokoh Hanafi kata aurat, sebahagian kata tidak.

[4] Dalil Qiyas.

Ini hujah paling kuat bagi pihak yang mengatakan apa yang berada di bawah pergelangan kaki bukan aurat. Jika ‘illat dibenarkan membuka muka dan selepas pergelangan tangan ialah untuk memudahkan kerja-kerja harian, maka apa yang berada di bawah pergelangan kaki juga boleh dibuka kerana ia juga digunakan untuk kerja-kerja harian.

Syaikh Abdul Karim Zaidan berkata:

“…sesungguhnya dua kaki (pergelangan ke bawah) bukan aurat yang wajib ditutup. Pernakwilan seperti itu dikuatkan oleh adanya keperluan membuka kedua kaki jika wanita berjalan kerana apabila dia menggunakan alas kaki (stokin?), maka hal itu akan menyibukkannya (menyukarkannya).”

[5] Dalil tujuan syari’at (maqasid)

Ada pun dari sudut hikmah dan tujuan menutup aurat, iaitu untuk melindungi wanita daripada syahwat lelaki, Syaikh Abdul Karim Zaidan berkata:

“Di samping itu, sesungguhnya kaki wanita bukan merupakan daya tarikan bagi lelaki ketika dia melihatnya , dan tidak seperti ketika dia melihat wajah (wanita). Kalau wajah saja tidak merupakan aurat, padahal ia lebih banyak menjadi daya tarikan bagi lelaki, maka apatah lagi kaki. Oleh sebab itu kaki (pergelangan ke bawah) tidaklah termasuk aurat wanita.” [Ensaiklopedia Fiqh Wanita, jld. 1, ms. 282]

Kajian terhadap lima dalil di atas menunjukkan bahawa majoriti ilmuan Islam berpendapat apa yang berada di bawah pergelangan kaki ialah aurat. Ini diterjemahkan oleh para muslimat dengan amalan memakai stokin kaki.

Namun terdapat minoriti ilmuan yang berpendapat ia bukan aurat yang wajib ditutup. Ini diterjemahkan oleh para muslimat yang memakai baju kurung, jubah dan sebagainya yang menutupi hingga ke pergelangan kaki, tanpa memakai stokin.

Antara dua pendapat ini, saya membiarkan ia terbuka. Masing-masing pihak boleh memilih pendapat yang dianggapnya paling kuat. Pada waktu yang sama hormatilah pihak yang memilih pendapat yang berbeza darinya.

Berilah prioriti kepada muslimat yang tidak menutup apa yang sudah disepakati oleh para ilmuan sebagai yang patut ditutup.

sumber: http://www.al-fikrah.net/News/article/sid=106.html

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: