NGO Islam anjur demonstrasi

August 8, 2008 at 10:43 pm | Posted in BERITA | Leave a comment

 

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Majlis Angkatan Antara Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (Mapan) akan mengadakan demonstrasi membantah penganjuran forum Memeluk Islam di hadapan pejabat Majlis Peguam di Jalan Lebuh Pasar Besar di sini pagi esok.

Naib Presiden Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Rani berkata, kesemua ahli Mapan yang terdiri daripada 27 persatuan dan NGO Islam telah bersetuju mengadakan demonstrasi kerana Majlis Peguam masih berdegil untuk meneruskan forum tersebut.

“Kami tidak dapat bertahan dengan sikap degil Majlis Peguam kerana mereka tidak mempedulikan bantahan daripada masyarakat Islam.

“Bukan setakat surat telah dikirim, hari ini kami menghantar satu memorandum ke pejabat Majlis Peguam tetapi amat menyedihkan tidak ada ahli jawatankuasa mereka berada di pejabat,” kata Jais kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Majlis Peguam di sini hari ini.

Kira-kira 100 orang mewakili lima persatuan dan NGO Islam berarak secara aman ke pejabat Majlis Peguam selepas solat Jumaat untuk menyerahkan memorandum tersebut. Sebelum itu mereka berkumpul di Masjid Jamek.

Persatuan-persatuan itu terdiri daripada GPMS, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Rakyat Islam Muslim Malaysia (IRIM), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Sambil berarak, mereka merentangkan sepanduk tertera perkataan Awas Bar Council Jangan Main Api, Jangan Cabar Kesucian Agama Islam dan Step Down Get Lost.

Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tempoh setengah jam demonstrasi secara aman itu yang turut dikawal oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Mengulas lanjut, Jais berkata, isi kandungan memorandum yang diserahkan kepada Majlis Peguam itu antara lain meminta badan guaman itu membatalkan forum Memeluk Islam yang dirancang diadakan esok demi menghormati kesucian agama Islam.

Jika gagal berbuat demikian sehingga petang ini, tegas beliau, Mapan akan menggembleng orang ramai berkumpul di hadapan pejabat Majlis Peguam di sini seawal pukul 8 pagi.

“Kami akan bersembahyang subuh di Masjid Jamek dan selepas itu kami akan beramai-ramai berkumpul di hadapan pejabat Majlis Peguam bagi menghalang forum tersebut diadakan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof berkata, tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum Memeluk Islam hanya akan mengundang reaksi negatif masyarakat berbilang agama di negara ini.

“Bagi kami, forum ini wajar dihentikan demi kebaikan semua pihak kerana memang jelas Majlis Peguam cuba memainkan sentimen perkauman,” katanya.

Jamaluddin menyeru seluruh masyarakat Islam mengadakan demonstrasi secara aman esok.

Antara ahli-ahli Mapan yang akan menyertai demonstrasi itu ialah Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Jawatankuasa Penyelaras Perikatan NGO Islam (ACCIN), Persatuan Al-Hidayah, Belia Perkim, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persatuan Al-Hunafa dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia.

Turut sama ialah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Yayasan Kerjaya Malaysia, Kelab Cinta Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Persatuan Penjaja Kecil Wilayah Persekutuan.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: