Apabila Mahasiswa Berbicara Soal Politik

September 27, 2008 at 9:01 am | Posted in FIKRAH ajimoni | Leave a comment

Suasana kini begitu menyesakkan, pelbagai cerita politik sentiasa memenuhi dada-dada akhbar. Dari cerita yang bersifat kearah pembangunan negara yang dipolitikan sehinggalah ke cerita keaiban tokoh politik yang turut dipolitikkan. Suasana ini menimbulkan rasa tidak senang majoriti masyarakat Malaysia. Kehidupan seolah-olah sentiasa dihimpit dengan rasa tidak menentu dengan masa depan negara. Selaku mahasiswa, hal ini merupakan suatu perkara yang amat serius memandangkan hal ini juga yang akan memperjudikan masa depan negara.  

Bercakap soal politik, maka ramai yang berminat untuk mendengarnya. Ada yang minat kerana ingin mengetahui hala tuju negara, ada juga yang berminat untuk mendengar idea-idea baru dalam membangunkan negara. Secara asasnya, masing-masing mempunyai alasan konkrit untuk mendengar cerita politik. Namun cerita politik Malaysia bukan bercerita tentang idea-idea baru membangunkan negara, bukan juga cerita-cerita tentang penyelesaian masalah rakyat, namun ia dipenuhi dengan pelbagai cerita yang begitu menjengkelkan. Ada kalanya cerita politik yang dimainkan begitu menampakan keadaan yang begitu mendesak bagi sesetengah pihak, umpatan dan fitnah sudah menjadi perkara mainan. Seolah-olah ianya sudah menjadi halal atas dasar ia untuk politik. Wajah-wajah orang agama yang sudah berpolitik pun hilang ditenggelami dengan dasar kepolitikannya sehingga seakan-akan menenggelamkan prinsip islam yang sewajarnya dipegang dan dikekalkan. Namun pujian harus diberikan pada ahli politik yang tegar meletakan prinsip islam sebagai asas perjuangannya dan meletakan prinsip parti jauh ditempat kedua.

Lupakah ahli politik tentang tanggungjawab sebenar mereka apabila telah dipilih oleh rakyat? Adakah mereka hanya perlu menumpukan pada kerja-kerja politik kepartian? Jika mereka telah terlupa, maka menjadi tanggungjawab rakyat dan mahasiswa khasnya untuk kembali memperingatkan mereka tentang amanah dan tanggungjawab ini. Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah itu memerintahkan kepada engkau semua supaya engkau semua menunaikan – memberikan – amanat kepada ahlinya pemiliknya.” (An-Nisa’: 58)

Nabi Muhammad juga telah mengingatkan kita dalam hal ini. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tanda orang munafik itu tiga macam iaitu jikalau berkata ia dusta, jikalau berjanji ia menyalahi – tidak menepati – dan jikalau diamanati – dipercaya untuk memegang sesuatu amanat – lalu ia khianati.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat lain disebutkan-dengan tambahan: “Sekalipun ia berpuasa, bersembahyang dan menyangka bahawa ia seorang muslim.”[1]

Pemimpin politik tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang seharusnya mewujudkan suasana politik sihat yang mana mendasari kepentingan rakyat dan negara. Apa yang sedang berlaku menunjukan hal yang sebaliknya. Perjuangan survival politik sendiri mengatasi kepentingan memperjuangkan hak rakyat. Apakah sebenarnya yang dipertahankan oleh ahli politik sehingga kadangkala ia hampir-hampir menggadaikan nasib masa depan sebuah negara? Cukuplah kita berpolitik semasa pilihanraya ke-12, usahlah kisah itu dilanjutkan sehingga ia menimbulkan kebencian masyarakat apabila mendengar perkataan politik. Sindrom kebencian pada politik ini bukan hanya “membarahi” masyarakat awam, namun apa yang paling ditakuti ia turut menimpa masyarakat kampus.  Lihat sahaja statistik pengundi berdaftar daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menunjukan lebih 4 juta penduduk malaysia tidak mendaftar sebagai pengundi dan hampir 80 peratus daripadanya hadir dari kalangan belia. 

Mahasiswa di universiti rata-rata menunjukan rasa mual dengan situasi “politik kampung” ini. Suatu hal yang perlu diketahui oleh pemimpin politik Malaysia, permainan politik anda telah membunuh ribuan jiwa mahasiswa yang selama ini mendambakan kecintaan pada dunia politik. Imej yang telah ditonjolkan menyebabkan mahasiswa mengalihkan arah perhatian mereka pada perkara yang  tidak bersifat politik seperti sukan dan hiburan. Akhirnya Malaysia akan melahirkan generasi mahasiswa yang hanya pandai berilmu, gagah dalam bersukan, hebat dalam hiburan namun gagal dalam kepimpinan. Kita seumpama insan yang sedang membina istana pasir, tangan kiri berkerja keras membina istana, namun dalam masa yang sama tangan kanan bergerak pantas memusnahkan binaan itu. Apakah sebenarnya generasi universiti yang sedang cuba kita hasilkan?

[1] Bab 25, Perintah menunaikan amanah, Riyadhus Salihin, Al Imam An Nawawi.

-ajimoni- 

 

  

Salam Aidilfitri

September 23, 2008 at 12:51 pm | Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

Adakah disunnatkan menziarah kubur pada hari raya?

September 23, 2008 at 12:43 pm | Posted in ARTIKEL | Leave a comment

Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus ( akob73 )
Sumber: http://akob73.blogspot.com

Lazimnya pada pagi Hari Raya iaitu sebelum atau sesudah solat Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Malaysia akan berpusu-pusu memenuhi tanah-tanah perkuburan untuk menziarah kubur ahli keluarga mereka. Sesetengah tanah perkuburan telah berubah menjadiseperti kawasan perayaan yang meriah. Terdapat gerai-gerai yang menjual bunga-bunga dan air wangian untuk ditabur dan dijirus di atas kuburan. Ramai juga di antara kita yang melakukan ibadat-ibadat tertentu di kawasan perkuburan tersebut seperti membaca surahYasin, berzikir malah ada yang melakukan upacara tahlil di situ untuk di sedekahkan pahalanya kepada mayat. Ada juga segelintir kecil umat Islam yang sehinggakan membawa makanan serta minuman di kawasan perkuburan dan membuat jamuan di kawasan perkuburan. Ini semua merupakan perbuatan yang tidak pernah diajaroleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan tidak juga pernah diamalkan oleh mana-mana para al-salafussoleh termasuk imam kita Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i rahimahullah. Sekiranya perkara tersebut adalah baik lagi mendatangkan manfaat yangbesar kepada umat Islam, nescaya mereka akan mendahului kita dalam mengamalkannya. Syaikh Wahid Abdussalam Bali ketika mengingkari pengkhususan HariRaya Adilfitri dijadikan hari menziarah kawasan perkuburan telah berkata:

Pertama, bukan merupakan petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam atau salah seorang sahabatnya mengkhususkan Hari Raya untuk berziarah kubur

Kedua, Hari Raya adalah hari kegembiraan dan kesenangan, bukan hari kesedihan dan tangisan.

Ketiga, Hari Raya adalah hari saling berkunjung orang-orang yang masih hidup, dan bukan untuk mengunjungi orang-orang yang sudah mati. – Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 429

Sebenarnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengharamkan untuk dilakukan ibadah di kawasan perkuburan dan menjadikannya sebagai kawasan perayaan. Ini sebagaimana sabdanya:

Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya setan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah. – Hadis riwayat ImamMuslim, no: 780

Dari hadis ini dapat kita fahami bahawa rumah yang tidak dikerjakan ibadah seperti membaca al-Qur’an dan solat adalah sama seperti kawasan perkuburan. Oleh itu secara tidak langsung ia memberitahu kepada kita semua bahawa kawasan perkuburan bukan merupakan tempat untuk beribadah seperti membaca al-Qur’an.

Tambahan pula amalan mengirim pahala bacaan al-Qur’an seperti surah Yasin kepada mayat menurut pendapat Imam al-Syafi’i rahimahullah adalah tidak sampai pahalanya kepada mayat tersebut. Ternyata di dalam kitab-kitab Imam al-Syafi’i tidak pernah tertulis tentang amalan mengirim pahala bacaan al-Qur’an kepada mayat ini. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. – Al-Najm (53) : 38-39

Telah berkata al-Hafidz Ibnu Kathir rahimahullah di dalam kitab tafsirnya Tafsir al-Qur’an al-Adzim ketika mentafsirkan ayat di atas:

Iaitu sebagaimana seseorang tidak akan memikul dosa orang lain demikian juga seseorang tidak akan memperolehi ganjaran (pahala) kecuali apa-apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan dari ayat yang mulia ini Imam al-Syafi’i bersama paraulamak yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum bahawa bacaan al-Qur’an tidak akan sampai hadiah pahalanya kepada orang yang telah mati. Kerana bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha mereka. Oleh kerana itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah mengsyari’atkan umatnya (untuk menghadiahkan bacaan al-Qur’an kepada yang telah mati) dan tidak juga pernah menggemarinya atau memberikan petunjukkepada mereka baik dengan nash (dalil yang jelas lagi terang) dan tidak juga dengan isyarat dan tidak pernah dinukilkan dari seorangpun sahabat (bahawa merekapernah mengirim pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang telah mati). Jika sekiranya amalan itu baik tentu para sahabat telah mendahului kita mengamalkannya. Dandi dalam masalah ibadah ianya hanya terbatas pada dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan qiyas-qiyas atau pendapat-pendapat.

Imam al-Nawawi al-Syafi’i rahimahullah pula di dalam Syarah Muslim (jilid 1, ms. 90) telah berkata:

Adapun bacaan al-Qur’an (yang pahalanya dikirimkan kepada simati) maka yang masyhur di dalam mazhab Syafi’i tidak dapat sampai kepada si mati yang dikirim… Sedang dalilnya bagi Imam al-Syafi’i dan pengikut-pengikutnya iaitu firman Allah:

bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

Dan Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi, no: 1297.

Oleh itu bagi masyarakat Islam di Malaysia yang rata-ratanya mengaku berpegang teguh dengan mazhab Syafi’i sewajarnya meninggalkan amalan membaca al-Qur’an di kuburan bertujuan untuk mengirim pahalanya kepada mayat ini bukan hanya pada pagi Hari Raya Aidilfitri tetapi juga pada hari-hari selainnya. Sabda baginda shallallahu ‘alaihi wasallam lagi:

Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu itu sebagai kuburan dan janganlah kamu jadikan kuburku tempat perayaan. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no: 1746

Sekiranya kubur manusia yang paling mulia di atas muka bumi ini iaitu kuburnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam diharamkan untuk dijadikan kawasan perayaan,apatah lagi kuburan manusia biasa yang selainnya. Maka haram hukumnya untuk mengkhususkan Hari Raya Aidilfitri sebagai hari berkumpulnya manusia di kawasan perkuburan kerana ia menggambarkan seolah-olah kuburan telah dijadikan kawasan perayaan.

Tambahan pula apabila manusia berkumpul beramai-ramai dan melakukan pelbagai aktiviti di kawasan perkuburan sering kita sering melihat mereka duduk di atas kubur atau memijak-mijaknya. Mereka seolah-olah tidak pernah mengetahui amaran keras daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam terhadap mereka yang duduk di atas kubur. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

Sesungguhnya jika seseorang kamu duduk di atas bara api membakar sehingga menembusi pakaiannya lalu membakar kulitnya, adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kuburan. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 971

Tidak dinafikan bahawa kita sememangnya disunnahkan untuk menziarah kubur agar mengingatkan kita kepada kematian. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu’alaihi wasallam:

…maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 976

Namun demikian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah memerintahkan kita untuk mengkhususkan pagi Hari Raya Aidilfitri sebagai hari untuk menziarah kubur. Sekiranya amalan ini baik untuk umat Islam tentu baginda akan memerintah para sahabatnya radhiallahu ‘anhum untuk mengerjakannya. Ternyata tidak wujud satu hadispun yang sabit daripada baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan menziarah kubur khusus pada Hari Raya Aidilfitri.

Tambahan pula apa yang disunnahkan untuk kita lakukan ketika menziarah kubur hanyalah mendoakan kesejahteran mayat dan doa yang telah diajar oleh Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam adalah:

Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin dan insya Allah kami akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kalian. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 975

Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin, semoga Allah memberi rahmat kepada orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian dari kami dan insya Allah kami akan menyusul. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 974

Oleh itu itu hendaklah kita menghindarkan diri dari melakukan amalan-amalan bid’ah di kawasan perkuburan pada Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Sesungguhnya ketika Allah ‘Azza wa Jalla mewafatkan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, agama Islam itu sudah lengkap dan apa-apa ibadah yang bukan sebahagian daripada agama ketika itu maka ianya bukan sebahagian daripada agama Islam selama-lamanya. Telah berkata Imam Malik bin Anas rahimahullah:

Barangsiapa mengada-adakan sesuatu di dalam umat ini yang tidak pernah di lakukan para pendahulunya, maka dia benar-benar menganggap Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam telah mengkhianati agama ini kerana Allah Ta’ala telah berfirman:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.- al-Maaidah (5) : 3

Oleh itu sesuatu yang pada waktu itu yang bukan sebahagian dari agama, maka sekarang pun tidak dianggap sebagai sebahagian dari agama. –

Dinukil dari kitab Manhaj Akidah Salaf: Akidah Imam Malik ditulis oleh Syaikh Muhammad bin ‘Abdurrahman al-Maghrawi, Pustaka Azzam, Jakarta 2002, ms. 60.

sumber: http://www.al-fikrah.net/News/article/sid=173.html

Yang di-Pertuan Agong atau parlimen?

September 23, 2008 at 10:11 am | Posted in ARTIKEL | Leave a comment

Profesor Dr Abdul Aziz Bari
Tue | Sep 23, 08 | 9:14:01 am MYT

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah menolak cadangan Dato Seri Anwar agar diadakan satu persidangan khas parlimen untuk membahaskan perkembangan mutakhir politik negara. Iklan

Ini menunjukkan betapa sukarnya untuk memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan usul undi tidak percaya walaupun cara ini adalah demokratik dan berperlembagaan.

Budaya politik dan perundangan negara kita menyebabkan ia sukar berlaku.

Sistem politik negara kita adalah berteraskan sistem Westminster yang mana fungsi ketua negara terpisah daripada fungsi ketua kerajaan.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong lebih banyak memainkan peranan simbolik, Baginda sebenarnya berkuasa untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam situasi yang perlu.

Yang di-pertuan Agong dan politik

Para penasihat Anwar mungkin agak gusar jika beliau terus pergi mengadap Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan untuk membentuk kerajaan baru. Mereka mungkin tidak mahu Yang di-Pertuan Agong terlibat secara langsung dalam politik.

Para penasihat ini seolah-olah bimbang dan terlupa peranan penting Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga negara � satu perkara biasa dalam sistem Westminster yang kita amalkan. Dan ini tidak terhad kepada negara-negara yang mempunyai Raja (sistem monarki) sahaja.

Negara republik seperti India turut membolehkan ketua negaranya memainkan peranan dalam situasi luar biasa, walaupun biasanya ketua negara tersebut hanya memainkan peranan simbolik sahaja.

Peranan sebegini sebenarnya pernah diutarakan oleh Laporan Suruhanjaya Reid. Tetapi, oleh kerana ini merupakan kali pertama kita menghadapi situasi sebegini, kebimbangan mereka boleh difahami.

Bagaimanapun Anwar tidak menolak kemungkinan untuk pergi terus ke Istana. Oleh kerana Abdullah telah menolak cadangan agar diadakan sidang khas parlimen, Anwar kini mempunyai sebab untuk memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Sistem perundangan kita tidak menyebut dengan jelas sama ada pertukaran kerajaan hanya boleh dibuat melalui parlimen. Artikel 43(4) dalam Perlembagaan memungkinkan pertukaran dibuat dengan cara majoriti ahli parlimen memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa mereka telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan sedia ada.

Ini akan mewajibkan Perdana Menteri meletak jawatan. Yang di-Pertuan Agong kemudiannya boleh melantik seorang ahli parlimen yang mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri baru.

Hujah salah

Pertukaran kerajaan melalui undi tidak percaya merupakan perkara yang pernah berlaku di negara-negara Komanwel lain. Tetapi ia amat sukar dilakukan di Malaysia kerana Umno menyekat sebarang usaha membentangkan usul undi tidak percaya.

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia mengatakan bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh untuk memutuskan sama ada mahu memanggil sidang khas parlimen atau tidak.

Rasanya Perlembagaan kita tidak bermaksud untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri membuat kata putus dalam hal ini.

Perdana Menteri merupakan ketua Eksekutif dan jika beliau mempunyai kuasa mutlak, maka ini seolah-olah meletakkan Legislatif di bawah Eksekutif. Pasti ini bertentangan dengan konsep pemisahan kuasa yang dituntut oleh sistem politik negara kita.

Selain itu, sukar dibayangkan sesebuah kerajaan akan bersetuju untuk memanggil sidang khas parlimen jika terdapat hal-hal yang mengancam penerusan hayat kerajaan tersebut. Hujah bahawa Perdana Menteri sahaja berkuasa memanggil parlimen adalah lemah.

Speaker Pandikar Amin Mulia ada juga memetik peraturan parlimen (Standing Orders) dalam membuat keputusan beliau. Tetapi peraturan parlimen dibentuk berasaskan peruntukan Perlembagaan Artikel 62(1). Peraturan ini statusnya lebih rendah daripada Perlembagaan.

Apabila Speaker menggunakan hujah peraturan parlimen, beliau seolah-oleh mengatakan bahawa peraturan tersebut lebih tinggi daripada Perlembagaan. Ini tidak betul.

Yang di-Pertuan Agong berhak untuk memanggil persidangan parlimen tergempar. Tidak mungkin apabila Baginda mempunyai kuasa memprorog dan membubarkan parlimen seperti termaktub dalam Artikel 55 Perlembagaan, Baginda tidak pula berhak memanggil parlimen bersidang. Artikel 40(2) pula merupakan satu artikel umum dan situasi sekarang lebih kelihatan sebagai satu pengecualian.

Yang di-Pertuan Agong memang mempunyai peranan dalam situasi sekarang. Ini bukan luar biasa kerana sistem yang kita amalkan kadang kala memang memerlukan tindakan-tindakan tertentu untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik. Yang di-Pertuan Agong perlu memainkan peranan untuk memastikan Perlembagaan boleh terus terlaksana.

Yang pastinya, ini bukanlah penamat bagi Abdullah. Sekiranya Anwar berjaya membentuk kerajaan, Abdullah juga boleh mencabar Anwar dengan cara yang sama. Inilah sebabnya kenapa Abdullah perlu membenarkan sistem Westminster yang kita amalkan berfungsi seperti sewajarnya.

Anwar telah berjanji akan menghormati Perlembagaan. Maka mungkin langkah pertama yang perlu beliau usulkan ialah membolehkan Speaker dilantik melalui pengundian bebas. Parlimen kita akan menghampiri status parlimen kelas pertama jika Speaker yang dipilih ialah dari kalangan parti pembangkang.

Kuasa Agong atau kuasa parlimen?

Kembali kepada dua cara penukaran kerajaan tadi, iaitu sama ada melalui undi tidak percaya di parlimen atau melalui kuasa Yang di-Pertuan Agong, saya rasa kedua-duanya dibenarkan oleh kerangka Artikel 43(4) Perlembagaan kita.

Cara pertama iaitu pengundian di parlimen memanglah cara yang paling ideal dan lebih demokratik. Cara ini telah berlaku jika kita teliti kes Datuk Stephen Kalong Ningkan, bekas Ketua Menteri Sarawak, pada tahun 1966. Tetapi ini hanya boleh berlaku dalam satu sistem politik yang terbuka dan demokratik.

Bolehkah ia berlaku dalam situasi Malaysia sekarang? Kita boleh melihat dengan jelas betapa kerajaan Barisan Nasional berusaha sedaya upaya menghalang usul undi tidak percaya dibahaskan di Parlimen termasuklah dengan mengancam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Cara kedua, iaitu melalui tindakan Yang di-Pertuan Agong, terhasil daripada pembacaan literal Artikel 43(4) bersama dengan Artikel 40(2)(a). Cara ini yang lebih cepat daripada cara pertama tadi.

Dan, oleh kerana terdapat unsur-unsur tidak demokratik dalam menghalang tercapainya cara pertama, maka mungkin cara kedua ini lebih praktikal.

Ia juga boleh menghalang kerajaan daripada terus menerus menyekat perubahan. Tetapi cara ini amat bergantung kepada kemahuan Yang di-Pertuan Agong untuk memainkan peranan yang lebih proaktif.

Mungkin wajar disebut di sini bahawa terdapat negara-negara demokrasi yang stabil di Eropah yang turut mengamalkan sistem monarki seperti kita.

Di luar Eropah pula, telah terdapat Raja yang secara aktif membantu lahirnya demokrasi di negara mereka. Inilah yang berlaku di Sepanyol, Thailand dan juga sedikit sebanyak di Jordan.

Adakah Raja-Raja kita juga mahu turut sama seperti Raja-Raja di negara-negara itu?

(Profesor Abdul Aziz Bari ialah Profesor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal beliau berbahasa Inggeris oleh WauBebas.org) _

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017093&Itemid=85

Teras Ibadah Memerlukan Dalil

September 22, 2008 at 12:19 pm | Posted in video | Leave a comment

Pegangan al-Qaradhawi terhadap Syiah

September 22, 2008 at 5:35 am | Posted in ARTIKEL | Leave a comment

Laman al-Qaradhawi – 17-09-2008

Pada 13 Ramadhan 1429 yang lalu, Agensi Akhbar Iran Mehr, telah melancarkan serangan terhadap al-Qaradhawi diatas dialog beliau yang disiarkan di surah khabar Mesir, al-Masri Al-Yaum yang telah membangkitkan ketidak puashatinya penganut Mazhab Syiah.

Kata al-Qaradhawi : Saya tidak mengkafirkan mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh mereka yang melampau. Saya berpandangan bahawa mereka adalah orang Islam, akan tetapi melakukan bid’ah.

Beliau mengatakan barangsiapa yang mengucap Syahadah, mereka masih lagi di anggap Islam.

Beliau telah memberi amaran kepada perkara-perkara luar biasa yang dilakukan oleh Syiah, seperti menghina, mengeji para sahabat Nabi :saw, perbuatan Syiah mencucuk jarum doktrinnya kedalam masyarakat Ahli Sunnah. Lebih-lebih lagi mereka telah membelanjakan billion ringgit melatih kader-kader untuk menyebarkan doktrin Syiah, dan perkara ini tidak dilakukan oleh Ahli Sunnah.

Komen beliau terhadap kenyataan Ayatollah Muhammad Hussein Fadlallah ; ia merupakan perkataan yang pelik dan memeranjatkan beliau dengan isu yang sebegini rupa.

Berikut diringkas pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengenai pendirian beliau terhadap Syiah.

1. al-Qaradhawi percaya kepada prinsip perpaduan umat Islam, baik ia melibatkan kumpulan-kumpulan tertentu atau mazhab, dimana mereka itu beriman kepada Kitab yang satu, Rasul yang satu, kearah Kiblat yang satu, dan diantara mereka itu terdapat khilaf, dan tidaklah itu mereka tersingkir.

2. Hanya satu kumpulan sahaja yang selamat diantara 73 kumpulan sebagaimana yang telah dinyatakan didalam hadith. Selain dari kumpulan itu, mereka adalah keterlaluan atau sesat. Setiap kumpulan percaya bahawa diri mereka terselamat, dan yang tinggal adalah yang sesat. Beliau percaya bahawa Ahli Sunnah sahaja yang terselamat, kesemua kumpulan yang lain melakukan bid’ah dan sesat. Diatas asas ini, al-Qaradhawi berpendapat bahawa : Sesungguhnya Syiah terlibat didalam BID’AH dan TIDAK KAFIR, dan sesungguhnya kebenaran itu bukan pelbagai, dan syukur kepada Allah bahawa 9/10 umat Islam adalah Ahli Sunnah, dan kebenaran yang berkata mengenai kami.

3. Beliau mengambil sikap sederhana terhadap Syiah Imam 12, dan tidaklah membenarkan takfir (mengkafirkan); sikap mereka terhadap al-Quran, terhadap Sunnah, terhadap sahabat, memuliakan Imam, dan yang mempertahankannya, dimana Imam itu dikatakan mengetahui perkara ghaib dimana Nabi-Nabi sendiri tidak mengetahuinya. Beliau telah berulangkali menjelaskan didalam buku Dialog dan Taqribnya.

Beliau tidak bersetuju dengan pegangan mereka dan berpendapat bahawa pegangan ini salah : iaitu Nabi :saw telah memilih pengganti Ali ra untuk menjadi Khalifah, dan para sahabat menyembunyikan berita ini, dan mereka mengkhianati Nabi :saw dan menafikan kebenaran yang tertinggi, dan mereka melakukan konspirasi terhadapnya. Yang peliknya, Ali ra. tidak pernah mengumumkan kepada umum dan menegakkan kebenaran? Malahan beliau berbai’ah kepada Abu Bakar, Umar dan Othman. Maka pesoalan disini, kenapa Ali ra tidak bersemuka dengan kebenaran? Kenapa beliau tidak becakap benar? Kenapa pula anak beliau al-Hassan pula bersetuju memberikan jawatan Khalifah kepada Muawiyah? Bagaimana Nabi :saw memuji apa dia lakukan, sesesungguhnya Allah mendamaikan dua orang Islam yang hebat!

Syiah melakukan bid’ah didalam amalannya, misalnya memperbaharui tragedi kematian Husein setiap tahun dengan menampar muka-muka, dada-dada dan memukul sehingga berdarah. Sudah lebih dari 13 abad meneruskan bencana ini! Mengapa pula mereka tidak melakukan perkara tersebut apabila Ayah mereka sendiri dibunuh? Bukankah itu lebih baik?

Disini terdapatnya amalan syirik yang dilakukan dikubur. Kubur tempat dikebumikan Ahli Bayt, memohon pertolongan darinya dan berdo’a tanpa Allah. Terdapat juga dikalangan Sunni yang melakukan perkata tersebut, akan tetapi ulama’ mereka telah membantah dan menafikan kebenaran perbuatan tersebut. Penjelasan diatas mengaitkan mereka dengan bid’ah, dan tidak menghukum mereka dengan kafir, atau kufur akbar, atau terkeluar dari agama.

4. Berkata al-Qaradhawi : Sesungguhnya perbezaan didalam Mazhab hanyalah pada perkara ranting, permasalahan amal, hukum ibadat dan muamalat, bukanlah merupakan satu masalah. Diantara kami dan Syiah bukanlah perselisihan yang besar dikalangan beberapa Mazhab Sunni. Syiekh kami, Syiekh Shaltut rh, bekas Syeikul Azhar pernah berkata bahawa dia telah berfatwa membenarkan Mazhab Ja’fari ; diatas perkara yang berkaitan cabang amalan penghukuman, dan mereka berbeza dari segi solat, puasa dan selain dari yang dua ini, berkemungkinan boleh ditolerasikan.

5. Apa yang beliau nyatakan didalam akhbar Mesir Hari Ini (al-Masri Al-Yaum) adalah merupakan sesuatu yang telus dan penegasan yang kuat, sebagaimana persidangan yang pernah beliau hadiri, samada di Rabat, Bahrain, Damsyik dan Doha, dan apa yang beliau telah dengar dari ulama’ Syiah, dan apa yang telah beliau lontarkan semasa melawat Ayatollah di Iran 10 tahun yang lalu : Disana terdapatnya garisan merah yang harus kita ikut dan tidak boleh melepasinya, didalamnya termasuklah mengeji sahabat, penyebaran doktrin Syiah kepada negara-negara Sunnah tulen, dan kesemua ulama’ Syiah telah bersetuju dengan beliau mengenai perkara ini.

6. Walaupun beliau mempunyai beberapa tanggapan (reservation) mengenai sikap Syiah terhadap jarum-jarumnya yang menembusi masyarakat Sunnah, beliau tetap berdiri dibelakang Iran didalam menuntut haknya memiliki tenaga Nuklear, dan menafikan sekuat-kuatnya ancaman Amerika terhadap mereka, dan kata beliau : “Kami berdiri menentang Amerika jika Iran diserang, Iran adalah sebahagian dari Darul Islam, perkara ini tidak boleh dikompromikan, Undang-undang kami mewajibkan kami mempertahankan mereka apabila dimasuki atau diancam orang luar, Semua agensi media Iran telah maklum mengenai pendirianku, dan beberapa pegawai resmi yang menghubungiku mengucapkan terima kasih dan menghargainya. Dan saya bukan berdiri kerana ingin mendapatkan simpati, tetapi saya mengatakan bahawa seseorang Muslim hendaklah menyokong seorang Muslim yang lain”

Kenyataan penuh beliau :-

http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=6226&version=1&template_id=238&parent_id=237

sumber petikan: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=110571

Qari muda julang Malaysia

September 22, 2008 at 2:11 am | Posted in BERITA | Leave a comment

DUBAI: Muhammad Ahmad Zahid (gambar) mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah al-Quran Antarabangsa Dubai (Dihqa) ke-12 yang berakhir di sini kelmarin.

Lebih membanggakan, hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis penyampaian hadiah oleh Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammad Rashid Al Maktoum.

Berbaju Melayu dan bersongkok, Muhammad, dari Sekolah Darul Hikmah, Ampang, Selangor, gembira serta tidak putus-putus tersenyum menerima tahniah daripada pegawai kerajaan, peserta dan hadirin yang membanjiri Pusat Persatuan Kebudayaan dan Sains, Al Mamzar.

Muhammad, yang mengambil masa tiga tahun menghafal kitab suci itu, menerima hadiahnya pada upacara berasingan.

Johan keseluruhan Dihqa yang bermula awal bulan ini ialah Fares Al Aagam dari Yaman, naib johan, Noor Al Deen Al Younsi (Libya) dan ketiga, Khalid Al Ainati (Kuwait). Sebanyak 85 peserta mengambil bahagian.

Tiga pemenang utama itu masing-masing menerima 250,000 dirham, 200,000 dirham dan 150,000 dirham, manakala pemenang dari tempat keempat hingga ke-10 menerima antara 65,000 dirham dan 35,000 dirham. Satu dirham bersamaan kira-kira 95 sen.

Muhammad kelihatan yakin sebaik saja naik ke pentas memperdengarkan bacaannya di hadapan hadirin yang membanjiri dewan itu. Sebuah akhbar tempatan menyifatkan bacaan Muhammad sebagai ‘amat mempesonakan’.

“Alhamdulillah,” kata Muhammad apabila ditanya mengenai pengalamannya sebelum keluar dari dewan bersama rakan barunya selepas selesai majlis penyampaian hadiah yang turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Dubai, Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.

Terdahulu, dalam temubual dengan Bernama, Muhammad berkata, dia mula berlatih menghafal al-Quran ketika berusia tujuh tahun dan amat terhutang budi kepada bapanya, yang bertugas sebagai penasihat undang-undang dan ibunya, seorang doktor gigi, atas dorongan mereka.

“Pada mulanya, ia memang amat susah, tapi lama-kelamaan, ia semakin mudah. Minat yang mendalam dalam bidang ini juga banyak membantu saya,” kata Muhammad yang berasal dari Kuala Lumpur.

Selain Dubai, bakat dan kebolehan yang dimiliki pernah membawa Muhammad ke banyak tempat, termasuk Austria, apabila dijemput memperdengarkan bacaan al-Quran pada 2006. Muhammad juga sering dijemput mengimamkan solat di pelbagai masjid di Malaysia.

Remaja itu berkata, dia menghabiskan sebahagian besar bulan Ramadan di sini dan tidak sabar untuk pulang ke tanah air bagi menikmati suasana berpuasa dan menyambut Aidilfitri bersama keluarganya.

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20080921231642/Article

LAILATULQADAR

September 21, 2008 at 4:46 am | Posted in ARTIKEL | Leave a comment

Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus ( akob73 )
Sumber: http://akob73.blogspot.com

Keutamaannya sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al Quran Al Karim yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke derajat yang mulia dan abadi. Ummat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak memasang tanda-tanda tertentu dan tidak pula menancapkan anak-anak panah untuk memperingati malam ini (malam Lailatul Qodar/Nuzul Qur’an, red), akan tetapi mereka bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.

Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Qur’aniyah dan hadits-hadits Nabawiyyah yang shahih yang menjelaskan tentang malam tersebut.

1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman (yang artinya),

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. [2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. [4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. [5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. [QS Al Qadar: 1 – 5]

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan nan penuh hikmah,

[3]Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. [4] Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, [5] (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul, [6] sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [QS Ad Dukhoon: 3 – 6]

2. Waktunya

Diriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa malam tersebut terjadi pada malam tanggal 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang ada dalam masalah ini berbeda-beda, Imam Al Iraqi telah mengarang satu risalah khusus diberi judul Syarh Shadr bidzkri Lailatul Qadar, membawakan perkatan para ulama dalam masalah ini, lihatlah).

Imam Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Apakah kami mencarinya di malam hari?”, beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut.”. (Sebagaimana dinukil al Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/388).

Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadr itu pada malam terakhir bulan Ramadhan, berdasarkan hadits ‘Aisyah radiyallahu ‘anha, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, (yang artinya) “Carilah malam Lailatur Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1169)

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, karena riwayat Ibnu Umar (dia berkata): Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya.” (HR Bukhari 4/221 dan Muslim 1165).

Ini menafsirkan sabdanya (yang artinya), “Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, maka barangsiapa ingin mencarinya, carilah pada tujuh hari yang terakhir.” (Lihat maraji’ diatas).

Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu ‘anhu, ia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda, “Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Laitul Qadar, tetapi fulan dan fulan (dua orang) berdebat hingga diangkat tidak bisa lagi diketahui kapan lailatul qadar terjadi), semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain: tujuh, sembilan, lima).” (HR Bukhari 4/232).

Telah banyak hadits yang mengisyaratkan bahwa malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum, sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah. Maka dengan ini, cocoklah hadits-hadits tersebut, tidak saling bertentangan, bahkan bersatu tidak terpisahkan.

Kesimpulannya, jika seseorang muslim mencari malam Lailatul Qadar, carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir, 21, 23, 25, 27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari ppada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a’lam.

Paling benarnya pendapat lailatul qadr adalah pada tanggal ganjil 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan, yang menunjukkan hal ini adalah hadits Aisyah, ia berkata: Adalah Rasulullah beri’tikaf pada 10 terakhir pada bulan Ramadhan dan berkata, “Selidikilah malam lailatul qadr pada tanggal ganjil 10 terakhir bulan Ramadhan.”

3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar

Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh karena itu, dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahalaNya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759)

Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata, “Aku bertanya, Ya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (HR Tirmidzi3760), Ibnu Majah (3850), dari Aisyah, sanadnya shahih. Lihat syarahnya Bughyatul Insan fi Wadhaifi Ramadhan, halaman 55-57, karya ibnu Rajab al Hanbali).

Saudaraku -semoga Allah memberkahimu dan memberi taufiq kepadamu untuk mentaatiNya – engkau telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan sholat) pada sepuluh malam hari terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada istrimu dan keluargamu untuk itu dan perbanyaklah amalan ketaatan.

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencangkan kainnya (menjauhi wanita yaitu istri-istrinya karena ibadah, menyingsingkan badan untuk mencari Lailatul Qadar), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” (HR Bukhari 4/233 dan Muslim 1174).

Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia berkata), “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir), yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya.” (HR Muslim 1174).

4. Tanda-tandanya

Ketahuilah hamba yang taat -mudah-mudahan Allah menguatkanmu dengan ruh dariNya dan membantu dengan pertolonganNya- sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan paginya malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya.

Dari Ubay radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (HR Muslim 762).

Dari Abu Hurairah, ia berkata: Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda (yang artinya), “Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan, seperti syiqi jafnah.” (HR Muslim 1170. Perkataannya “Syiqi Jafnah”, syiq artinya setengah, jafnah artinya bejana. Al Qadli ‘Iyadh berkata, “Dalam hadits ini ada isyarat bahwa malam Lailatul Qadar hanya terjadi di akhir bulan, karena bulan tidak akan seperti demikian ketika terbit kecuali di akhir-akhir bulan.”)

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.” (HR Thayalisi (349), Ibnu Khuzaimah (3/231), Bazzar (1/486), sanadnya hasan).

*** –
Sumber : “Shifat shaum an Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam Fii Ramadhan” Bab “Malam Lailatul Qadar” Penulis Syaikh Salim bin Ied Al-Hilaaly, Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid

sumber petikan: http://www.al-fikrah.net/News/article/sid=170.html

Next Page »

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.