JH-MUTIARA-006- Selamat Menyambut Ramadhan Dari JH

September 1, 2008 at 3:29 am | Posted in HADIS | Leave a comment

Sabda Rasulullah SAW:

إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ ، وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maksudnya:

Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.

Setelah sekian lama, Ramadhan tiba lagi dengan seribu satu kelebihan dan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT. Terpulanglah kepada manusia beriman agar bersungguh-sungguh sedaya upaya untuk memperolehi segala kelebihan dan ganjaran itu. Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk bijak menguruskan ibadah pada bulan yang mulia ini.

DIBUKAKAN PINTU SYURGA

Di antara petunjuk atau petanda kelebihan bulan Ramadhan ialah – Allah SWT memerintahkan agar dibuka pintu-pintu syurga. Syurga yang merupakan tempat kembali orang-orang beriman dan beramal soleh seolah-olah menanti-nanti kunjungan kita dengan terbukanya semua pintu-pintunya. Ibarat tetamu yang amat dialu-alukan, umat Islam seharusnya memahami bahawa perkara ini adalah satu motivasi atau perangsang untuk kita beramal dengan sebaiknya dalam bulan Ramadhan.

Terbukanya pintu-pintu syurga juga pasti memberi kesan kepada umat manusia di dunia ini dari pelbagai segi. Sudah pasti rahmat dan keindahan syurga itu melimpah ke dunia ini yang amat dahagakan ketenangan. Maka ketenangan ini dirasai oleh manusia soleh yang beramal ibadah.

DITUTUP PINTU NERAKA

Ia merupakan petanda bahawa Ramadhan bulan yang penuh rahmat sehinggakan neraka ditutup pintunya untuk memberikan suasana indah penuh nikmat. Peristiwa ini seolah memberi satu mesej kepada orang-orang berdosa seperti kita untuk berubah ke arah yang lebih baik. Seolah-olah kita diberitahu agar ’bertaubatlah…insaflah’ dan ’tutuplah pintu neraka di dalam dirimu’ agar benar-benar kita dihindari daripada pintu neraka di akhirat nanti. Neraka yang menjadi lambang segala kehinaan dan kerugian seharusnya sentiasa di fikiran manusia beriman agar amalannya terkawal dan tidak membawanya ke sana.

DIRANTAI SYAITAN-SYAITAN

Setelah ganjaran dan kelebihan yang diberikan untuk orang-orang berpuasa di bulan yang mulia ini, Allah SWT memberikan pula satu bentuk ’insentif’ dan bantuan kepada kita. Syaitan-syaitan yang menjadi penasihat tetap manusia akhirnya direhatkan dan digantung jawatannya untuk memberikan laluan seluasnya kepada manusia beriman untuk memantapkan dirinya dalam ibadah. Semoga apabila syaitan-syaitan ini dibebaskan kelak selepas Ramadhan, manusia beriman ini tidak lagi mudah menelan segala nasihat yang ’tak sihat’ daripada penasihat yang tidak berguna seperti syaitan itu.

Saya mewakili panel-panel Jabatan Hadith AAN mengucapkan selamat beribadah di bulan yang bertuah – Ramadhan. Apabila ditanya kepada kita ’bila lagi nak berubah?’, maka eloklah kita menjawab ’Ramadhan ini, insya Allah!’.

alitantawi

Jabatan Hadith AAN

sumber: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=110512&ez=2%20target=_top

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: