Iblis dan syaitan

September 10, 2008 at 9:38 pm | Posted in SOAL JAWAB | Leave a comment

SOALAN:

Assalamualaikum…

Dalam kitab Al-Quran ada tercatat bahawa dibulan ramadan iblis dan syaitan dirantai jadi adakah jin dikecualikan?

JAWAPAN:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda sekadar mana yang mampu, Insya-Allah.

Kenyataan yang menyebut bahawa Syaitan di rantai pada bulan Ramadhan bukan datang dari ayat al-Quran, akan tetapi ia datang di hadith Nabi , sabdanya :-

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ، وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ
“Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai” [Hadith Riwayat Al-Bukhaari #1899 dan Muslim #1079].

Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh, tidak semua Syaitan itu di ikat atau di rantai, sebagaimana sabda Nabi didalam hadith yang lain :-

أتاكم رمضان شهر مبارك فرض الله عليكم صيامه تفتح فيه أبواب السماء وتغلق فيه أبواب الجحيم وتغل فيه مردة الشياطين
“Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat (giant)………” [Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa’i #2105]

Syeikh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa hanya Syaitan2 kuat yang bernama Maarid yang dirantaikan.Cuma beliau menegaskan bahawa hadith ini berbicara dengan perkara ghaib, maka kita hendaklah menerima seadanya dan tidak mendiskuskan lebih lanjut. Ini lebih selamat kepada aqidah seseorang. WA.

Sekian, wassalam

sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33648&sid=67102f397aaf33928995d6563b817d6a

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: