Meng ‘qasar’ solat sebelum bermusafir

October 11, 2008 at 12:47 pm | Posted in SOAL JAWAB | Leave a comment

SOALAN:

Salam,

Sebelum ini saya telah melakukan solat jamak dan qasar (Solat Maghrib dan Isyak) di rumah, sebelum memulakan perjalanan (musafir) disebabkan kesukaran untuk melakukan solat Isyak dalam perjalanan.

Kini, saya baru mengetahui bahawa hanya solat jamak dibolehkan tanpa mengqasarkan solat tersebut.

Haruskah saya mengqadha solat isyak yg telah diqasarkan?

jAWAPAN:

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Diantara syarat-syarat sah memendikkan (qasar) solat adalah “hendaklah musafir melepasi pagar pekan (balad) yang dimulakan permusafirannya” [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].

Syarat ini merupakan pandangan jumhur ulama’ sebagaimana Imam al-Nawawi rh berkata :
مذهبنا أنه إذا فارق بنيان البلد قصر , ولا يقصر قبل مفارقتها وإن فارق منزله وبهذا قال مالك وأبو حنيفة وأحمد وجماهير العلماء
“Mazhab kami sesungguhnya apabila seseorang melepasi bangunan pekannya maka bolehlah dia qasar, dan tidak boleh qasar sebelum melepasinya, walaupun jika dia baru keluar dari rumahnya. Ini adalah juga kata-kata (Imam) Malik, Abu Hanifah, Ahmad dan jumhur ulama'” [al-Majmu’ 4/228].

Dengan kata lain, tidak boleh memendikkan solat di rumah. Bagi mereka yang memendik solat ketika masih berada dirumah (kerana tidak tahu hukumnya), tidaklah perlu menqada’kan kesemua solat yang dilakukan sedemikian. Dia hanyalah perlu menqada’kan solat ketika mana dia tahu akan hukum sebenar solat Qasar, dengan ertikata lain, solat yang terkini sahaja.

Didalam sebuah Hadith riwayat Abu Hurairah ra. (Bukhari #724] bahawa ada seseorang yang bersolat di masjid dan selepas solat dia memberi salam kepada Nabi lalu baginda berkata : “Kembalilah untuk solat semula, sesungguhnya kamu belum bersolat lagi ( ارجع فصل فإنك لم تصل )”, dan perkara ini berlaku selama 3 kali, Maka Nabi terus mengajar orang tersebut cara bersolat dengan besertakan toma’ninah. Didalam hadith ini Nabi tidak pula menyuruh orang tersebut menqada’kan solatnya yang lepas-lepas (dahulu), malah baginda hanya menyuruh mengulangi solat yang pada masa itu sahaja.

Begitu juga didalam hadith riwayat Abdul Rahman ibn Abza (Bukhari #331) bahawa Umar ibn al-Khattab tidak bersolat kerana beliau didalam keadaan Junub, akan tetapi ‘Ammaar ibn Yaasir telah mengolekkan dirinya didalam debu lalu bersolat. Apabila mereka memberitahu Nabi , baginda berkata “adalah mencukupi kamu melakukan begini, dan Nabi menepuk tangannya ke bumi dan meniupnya, kemudian menyapu kepada muka dan tangannya ( إنما كان يكفيك هكذا فضرب النبي صلى الله عليه وسلم بكفيه الأرض ونفخ فيهما ثم مسح بهما وجهه وكفيه )”

Didalam keadaan ini, Nabi tidak pula menyuruh ‘Ammaar ibn Yassir mengulangi solatnya kerana beliau melakukan tayamum dengan cara yang berbeza sekali, iaitu mengolakkan badan ditanah.

Sekian, wassalam.

sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=37014

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: