Proaspirasi UDM menang, promahasiswa dihalang bertanding

October 15, 2008 at 11:11 pm | Posted in BERITA, UTeM | Leave a comment

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Walaupun pilihan raya kampus bagi Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) akan diadakan esok, namun keputusan tidak rasmi bagi pemilihan tersebut sudah diketahui iaitu berpihak kepada calon proaspirsi apabila kumpulan promahasiswa dihalang bertanding.

Mantan anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti berkenaan yang enggan dikenali berkata, keputusan tersebut disebabkan tiada sebarang pertandingan bagi merebut kesemua 22 kerusi yang dipertandingkan.

“Memang benar esok adalah hari pengundian, tapi keputusannya sudah jelas mereka (proaspirasi) menang tanpa bertanding.

“Promahasiswa dinafikan hak untuk bertanding dalam pemilihan kali ini, jadi inilah yang berlaku,” katanya kepada mStar Online.

Jelas beliau perkara ini disebabkan oleh strategi pihak-pihak tertentu untuk memastikan calon proaspirasi terus menguasai universiti berkenaan.

Bagi penggal lalu UDM memperuntukan sebanyak 18 kerusi namun untuk penggal pengajian 2008/2009 sebanyak empat kerusi lagi ditambah menjadikan jumlah keseluruhan 22 kerusi.

Menurut beliau pada penggal yang lalu juga penguasaan MPP di universiti tersebut berpihak kepada proaspirasi.

Beliau turut melahirkan rasa sedih apabila golongan yang dilihat seolah-olah membangkang aspirasi dihalang dari menyertai pemilihan kali ini.

Tambahnya lagi, esok tiada sebarang proses pembuangan undi seperti kebiasaannya kerana pihak berwajib hanya menunggu masa untuk mengumumkan keputusan.

“Kalau ikut jadual pukul 9 pagi proses pengundian, tapi apa yang nak diundi jika tiada pertandingan?,” katanya.

sementera itu mantan Yang Dipertua (YDP) MPP Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Mohammad Firdaus Abdul Rahman berkata pemilihan kali ini dilihat agak sengit jika dibandingkan pada penggal yang lalu.

“Perkara ini wujud kerana bahang pilihan raya umum lalu masih lagi terasa namun semangat untuk mengundi bebas daripada pengaruh politik luar kampus,” katanya.

Tambah beliau di UTeM tidak timbul soal persaingan antara proaspirasi mahupun promahasiswa kerana seratus peratus pengundinya mendokong aspirasi universiti kerajaan.

“UTeM bersih, mereka hanya bertanding sesama sendiri…’pergaduhan’ adik-beradik,” katanya.

Menurut Firdaus persiapan bagi pilihan raya kampus universitinya yang akan diadakan esok berjalan lancar.

“Persiapan berjalan lancar. Hebahan juga sudah dilakukan sejak awal dan kini calon-calon yang bertanding giat mengadakan kempen masing-masing.

“Calon juga diberi peluang untuk mengadakan rapat umum di kafeteria fakulti masing-masing untuk mempromosikan diri mereka,” katanya.

Pemilihan kali ini menyaksikan tujuh kerusi umum dipertandingkan dan 15 kerusi fakulti menjadikan kesemuanya 22 kerusi.

Menggunakan sistem e-vote (pengundian dalam talian), mahasiswa UTeM akan mula mengundi bermula pukul 8.30 pagi hingga pukul 3.30 petang.

“Kita menyediakan lebih daripada lima stesyen dan setiap satu disediakan 7 buah komputer bagi memudahkan mahasiswa untuk mengundi.

“Antara stesyen-stesyen tersebut ialah di fakulti, kafeteria dan tempat tumpuan pelajar,” katanya.

Firdaus berkata menggunakan sistem e-vote ini proses pengundian dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah dari segi penipuan.

“Ia diyakini tepat dan keputusannya juga boleh diketahui dengan segera kira-kira sejam sejurus selepas proses pengundian ditutup,” katanya.

Selain UDM dan UTeM, tiga buah universiti lain juga akan mengadakan pilihan raya mereka esok iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

sumber: http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/15/mstar_berita/20081015165346&sec=mstar_berita

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: