Patuhi keputusan Majlis Raja-Raja

October 23, 2008 at 3:25 am | Posted in ARTIKEL | Leave a comment

TAN SRI LEE LAM THYE

KENYATAAN Khas oleh Majlis Raja-Raja yang dibuat sebelum mesyuarat Majlis tersebut pada Khamis lalu, adalah sesuatu yang sangat bermakna memandangkan terdapat banyak kontroversi yang ditimbulkan oleh ahli-ahli politik tertentu yang mencetuskan kebimbangan mengenai hak dan perlindungan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Kenyataan tersebut yang menyentuh isu Kontrak Sosial, keperluan untuk menghormati Perlembagaan, hak semua kaum, kedudukan raja-raja, status agama Islam dan Bahasa Malaysia dan lain-lain, adalah merupakan peringatan yang tepat pada masanya untuk kita semua mengenai tanggungjawab kita terhadap perpaduan, keamanan dan keharmonian yang sangat penting kepada kejayaan dan kemakmuran negara kita yang berbilang kaum, ugama dan budaya ini.

Kepada saya ia adalah kenyataan mutlak yang menegaskan kesucian Perlembagaan Persekutuan dan peringatan terhadap jaminan yang terkandung di dalamnya kepada semua rakyat Malaysia.

Kenyataan yang datang dari Majlis RajaRaja sendiri yang merupakan pelindung kepada negara adalah merupakan peringatan kepada mereka yang berterusan mengungkit-ungkit isu berbau perkauman yang boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian di negara kita.

Intipati daripada kenyataan tersebut adalah mesej mengenai perpaduan, keamanan dan keharmonian yang amat diperlukan yang tidak boleh diambil mudah walaupun telah 51 tahun negara kita merdeka.

Janganlah kita menggugat apa yang kita telah capai setakat ini melalui semangat persefahaman dan tolak-ansur.

Janganlah kita benarkan sikap keterlaluan dan keganasan dalam apa bentuk pun yang memecah belahkan negara yang amat kita semua sayangi, tempat kita dilahirkan, tempat kita tinggal dan bekerja dan akhirnya tempat kita bersemadi nanti.

Benarkan saya menekankan sekali lagi asas-asas yang menyatukan kita bersama iaitu prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara.

Rukun Negara diujudkan pada 1970 dengan tujuan mencapai persetujuan paling minimum terhadap aspirasi nasional di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, keturunan dan kebudayaan.

Selain dari meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat, mengekalkan sistem demokrasi sebagai cara hidup, mewujudkan masyarakat yang adil, pendekatan yang liberal terharap budaya, di samping membangunkan masyarakat yang progresif berorientasikan Sains dan Teknologi; Rukun Negara juga merupakan panduan sosial di dalam bentuk prinsip-prinsipnya berikut:

i. Kepercayaan kepada Tuhan

ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

iii. Keluhuran Perlembagaan

iv. Kedaulatan Undang-undang

v. Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip-prinsip ini yang telah berjaya menyatukan rakyat berbagai kaum dan agama di negara ini dan menjadi prinsip kenegaraan kita, perlu disemaikan kepada generasi muda kita yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara adalah panduan kepada kita dalam membangunkan negara dan perlu dihormati oleh semua. Ia adalah wawasan yang dikongsi bersama untuk perpaduan nasional.

Di masa akan datang, usaha bagi mewujudkan dan mengekalkan perpaduan nasional perlu diberikan keutamaan yang paling tinggi kerana perpaduan adalah kritikal untuk memastikan pertumbuhan Malaysia sebagai negara yang selamat, aman, progresif dan bersatu.

Perpaduan adalah hadiah yang sangat berharga dan merupakan simbol kepada kemanusiaan kita.

Ia merupakan asas untuk kita membangunkan hubungan, keluarga, masyarakat dan negara. Ia juga merupakan ikatan yang menyatukan kita sebagai sebuah negara.

Marilah kita menjemput semua rakyat Malaysia untuk membina perpaduan. Kita mesti mulakan dengan satu suara yang merangkumi semua rakyat Malaysia dari pelbagai keturunan.

Kita semua menyumbang kepada kestabilan dan ekonomi negara. Marilah kita semua memberikan komitmen untuk meningkatkan budaya aman, harmoni dan bersatu.

Ahli Panel Penasihat

Perpaduan Negara

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: