Album Dr Asri ‘Yang benar tetap benar’ ada banyak keistimewaan

November 14, 2008 at 3:34 am | Posted in BERITA | Leave a comment

Oleh ZIEMAN

Ruang berdakwah bukan hanya terhad kepada aktiviti agama sahaja. Skop berdakwah itu begitu luas dan tidak perlu disempitkan.

Justru, seandainya diberi ruang ini untuk menyampaikan bentuk dakwah yang membawa kepada kebaikan, peluang itu tidak seharusnya dipersiakan.

Demikian pendapat Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin yang memilih dakwah melalui album dengan memuatkan sajak-sajak ketuhanan dan kemanusiaan sebagai salah satu cara berdakwah.

“Dakwah itu sebenarnya mempunyai banyak cabang dan kita tidak seharusnya menyempitkan ruang dakwah itu. Penulisan lirik puisi berkisar agama dan kemanusiaan juga termasuk dalam skop ini.
Dr Asri sedang mendeklamasikan sajaknya di Studio Nasyeed.com di Shah Alam.

asriz

“Album seperti yang diusahakan ini merupakan salah satu usaha memperluaskan ruang dakwah kerana penyampaian mesej yang berteraskan agama dan kemanusiaan,” kata Dr Asri yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Mufti perlis pada penghujung bulan ini.

Atas kesedaran ini dan setelah mencapai persefahaman, Dr Asri bersetuju menyerahkan urusan pembikinan album sulungnya kepada komposer Xifu Abdul Naser Abdul Rahman, komposer/penggubah lagu Dakmie dan syarikat Nasyeed.com.

Pada mulannya, ramai juga yang keliru apabila mendengar berita yang Dr Asri akan membuat album. Ada yang salah faham, menganggap Dr Asri yang akan menyanyi.

“Sebetulnya, saya tidak mahu ke depan. Cukuplah sekadar sumbangan saya dengan memberi puisi-puisi ini. This is their show (sambil merujuk kepada Xifu Naser dan rakan-rakan).

“Saya tak mahu dihighlightkan sangat. Yang penting mesej dari album ini,” jelas beliau lagi.

Kesemua lapan buah lirik puisi terbaik Dr Asri telahpun diberi melodi indah mengikut situasi yang sesuai. Antara puisi-puisi itu ialah Aku Rela, Yang Benar Tetap Benar, Biarlah Aku Di Daerah Ini, Derita Hati Seorang Bonda, Aku Bukan Musuh Harta dan Dunia Yang Beredar. Lagu-lagu ini disampaikan oleh penyanyi Aishah, Kopratasa dan kumpulan Algebra.

Perancangan dan pembikian album Dr Asri yang diberi tajuk ‘Yang benar tetap benar’ memakan masa selama enam bulan.

Pelancaran album yang unik ini akan diadakan di Yayasan Restu, berdekatan Taman Kesenian Islam dan Masjid Shah Alam pada 25 November ini pada jam 11.30 pagi.

Selain dari menyumbangkan puisi, Dr Asri yang merupakan penceramah disukai ramai, turut sudi mendeklamasikan dua buah sajaknya yang bertajuk, ‘Itulah Politik Namanya’ dan ‘Salah Menduga.’

Keberangkalian, ada beberapa kumpulan yang tidak tegar dengan luahan perasaan Dr Asri dalam sajak-sajaknya namun seperti kata beliau, apa yang ditulis adalah dari dalam hatinya.

“Saya tulis apa yang saya rasa dan lihat. Mungkin ada yang tidak senang tapi begitulah selalunya. Kebenaran itu kan pahit?,” kata Dr Asri.

asriz1

Menurut Dr Asri, beliau sudah lama berjinak di dalam penulisan puisi. Begitu juga dalam bidang penulisan.

Maka tidak hairan jika bait-bait puisinya mempunyai daya tarikan tersendiri dan boleh diterjemahkan dalam berbagai cara kerana maksud yang tersirat amat dalam.

Stail puisinya juga banyak menjurus kepada sinis, sindiran dan kadangkala santai. Tapi ada juga yang tersentuh apabila mendengar.

Bak kata penyanyi Aishah yang menyampaikan lagu Derita Hati Seorang Bonda, beliau sendiri terhenti menyanyi kerana tidak dapat menahan sebak ketika rakaman lagu ini dibuat. Kebetulan, Aishah sudah kehilangan ibu tersayang.

“Bait-bait puisinya boleh menghiris hati seorang yang bergelar ibu. Ianya sangat puitis dan sensitif sekali,” jelas Aishah yang turut meminati puisi-puisi nukilan Dr Asri.

Walaupun beliau memberi kelonggaran untuk mewarnakan puisi-puisinya dengan sebarang melodi, namun ada ketikanya Dr Asri terpaksa berpegang pada prinsipnya dan tidak berkompromi.

“Apabila muzik atau melodi itu sendiri terlalu kuat dari kata-kata, ini seharusnya terjadi. Mesej dari kata-kata itu lebih penting dari muzik itu sendiri dan ini yang saya mahu terapkan,” jelas Dr Asri ketika pradengar album ini dijalankan di Studio Nasyeed.Com di Shah Alam baru-baru ini.

Teguran ikhlas dari Dr Asri disambut baik oleh Xifu Nasir dan Dakmie yang cuba sedaya mungkin untuk menghasilkan album yang boleh dibanggakan.

Dr Asri yang juga dikenali dengan panggilan Dr MAZA berkata, album ini adalah sebagai satu langkah beliau untuk menyediakan hiburan alternatif kepada orang ramai.

“Selama ini orang selalu cakap saya hanya pandai mengkritik artis saja. Peluang ini sebagai mendekatkan diri dan memberi pilihan alternatif hiburan yang baik,” kata beliau.

Selain dari album “Yang benar tetap benar’, Dr Asri juga sempat merakamkan 13 episod program ‘Bahtera Perubahan’ untuk siaran Astro Oasis pada bulan Februari nanti.

Namun apa pun bentuk wadah, samada album, program TV mahupun buku ‘Mengemudi Bahtera Perubahan Minda’, semua ini akan menjadi buah tangan apabila Dr Asri meninggalkan tanah air nanti.

Dr Asri dijangka berada di UK selama setahun mulai awal Disember ini, untuk membuat lebih banyak penyelidikan tentang hadith.

Tokoh agama yang tajam pemikiran dan cukup bijaksana apabila melontarkan pandangan merupakan salah seorang tokoh agama yang pakar tentang bab hadith di negara ini.

sumber: http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/14/mstar_hiburan/20081113204833&sec=mstar_hiburan

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: