Pertandingan Menulis AFN

March 26, 2010 at 12:54 pm | Posted in IKLAN | Leave a comment

Assalamu’alaikum waRahmatullahi waBarakatuh,

Suka cita dimaklumkan bahawa AFN akan melangsungkan pertandingan menulis artikel agama. Tujuan pertandingan ialah menggalakkan warga AFN menulis artikel agama serta mencungkil bakat-bakat baru yang mungkin selama ini tersembunyi.

Maklumat lanjut, sila klik sini

Perbincangan, sila ke forum topik: Sembang-Sembang Pertandingan Menulis AFN (sila klik)

Makluman terbaru: Hadiah telah bertambah dengan sumbangan terbaru daripada Karangkraf.

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

[1] Tarikh pertandingan: 15 Mac – 31 Mac 2010.

[2] Peserta: Terbuka kepada semua warga AFN kecuali staf dan ahli keluarga staf. Tiada yuran dikenakan. Setiap warga AFN boleh menghantar sebanyak maksimum tiga artikel seorang.

[3] Tajuk artikel: Para peserta hendaklah memilih salah satu dari tiga tajuk berikut:

[a] 2020: Islam dan Muslim Di Malaysia
Tuliskan pandangan dan wawasan anda untuk Islam dan umatnya di Malaysia dalam masa 10 tahun akan datang.

[b] Wahai Lelaki! Dengarlah Pandangan Saya.
Coretkan pujian dan kritikan anda tentang kaum lelaki masa kini, sama ada sebagai insan, suami, ayah, muslim dan sebagainya.

[c] Tiga Perkataan Yang Paling Sukar Diucap Masa Kini.
Kongsikan tiga perkataan yang pada pandangan anda amat sukar dan jarang-jarang disebut oleh umat Islam mutakhir ini.

[4] Artikel hendaklah ditulis menggunakan MS Word dan save sebagai “Word 97-2003 document” dan emelkan kepada saya di hafizfirdaus2@yahoo.com.my sebelum tengah malam 31 Mac 2010.

[5] Artikel hendaklah ditulis pada kertas saiz A4, font Times New Roman, saiz 12, 1.5 line spacing. Ketebalan minimum ialah 3 mukasurat, maksimum ialah 4 mukasurat.

[6] Permulaan setiap artikel hendaklah dinyatakan tajuk (salah satu dari tiga tajuk di atas), nama penuh pengarang dan user name pengarang di AFN.

[7] Hasil karya hendaklah tulen dari penulis dan bukan salinan atau “copy and paste” dari sumber lain.

[8] Apa-apa masukan atau nukilan dari sumber lain umpama ayat Qur’an, hadis, kata-kata ulama’ hendaklah dinyatakan sumbernya.

[9] Mana-mana artikel yang tidak menepati syarat di atas akan ditolak tanpa sebarang pertimbangan lanjut.

Artikel-artikel akan diadili oleh satu panel hakim yang terdiri dari beberapa warga senior AFN. Artikel akan diadili berdasarkan:

a – Ketepatan dalil dan hujah.
b – Struktur artikel (intro, body, ending).
c – Tatabahasa, ejaan dan susunan ayat.
d – Kekemasan menulis (para, margin, etc).
e – Kehadiran ciri menarik yang lain dari yang lain.

Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau maklumbalas tidak akan dilayan.

Hadiah-hadiah adalah ihsan dari E & A Shopping Centre.:

Hadiah Pertama: Tafsir Imam Syafi’i (3 jilid besar berkulit keras) dan tunai RM200.
Hadiah Kedua: Ringkasan Kitab al-Umm (3 jilid besar berkulit keras) dan tunai RM150.
Hadiah Ketiga: Raudhah al-Thalibin (2 jilid besar berkulit keras) dan tunai RM100.

Hadiah saguhati:

Pertama: Tunai RM150.00
Kedua: Tunai RM100.00
Ketiga: Tunai RM75.00

Selamat menulis.

Perbincangan, sila ke forum topik: Sembang-Sembang Pertandingan Menulis AFN (sila klik)

Advertisements

Program IIS & al-ahkam.net: Sehari Bersama Hadith 40

March 5, 2010 at 4:12 pm | Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

Program menarik anjuran IIS & al-ahkam.net Sehari Bersama Hadith 40. Siapa yang akan turun? Mereka terdiri dari Panelis al-ahkam.net iaitu Ustaz Adlan Abd Aziz (Alitantawi), ustaz al-jawhar (Ketua Jab Feqh al-ahkam.net), Ustaz Pendekar (ex Panelis al-ahkam.net yang hebat). Turut diundang ialah ustaz Anwar dan Mohd. Syauqi kedua-duanya dari UIA.

Untuk mengetahui maklumat lanjut program ini, sila lihat di bawah ini:

ISLAMIC INFORMATION & SERVICES FOUNDATION (IIS) & AL-AHKAM.NET


Tajuk: ‘Sehari Bersama Hadith 40’
Oleh: Ustaz Adlan Abd Aziz and Friends (dari al-ahkam.net)

Antara perkara yang akan dibincangkan oleh ahli-ahli panel adalah seperti di bawah:
·    Pembacaan Hadith 40
·    Ulasan Hadith 40
·    Biodata Imam Nawawi
·    Kepentingan Hadith 40
·    Soal Jawab

Tarikh : 14th March  2010(Ahad)

Masa: 08:30 am – 02:30 pm

Tempat: IIS Hall, No 1-5-2, Prima Peninsula,
Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

Berminat??? Tempat adalah terhad!!!


Sila hubungi
Sis Tuty @ 017 8889097 atau email

Tuty.Abu.Bakar@gmail.com untuk pendaftaran.

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.