Jangan salahkan JAIS isu ‘telan ludah’

April 14, 2010 at 5:11 am | Posted in BERITA | Leave a comment

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan orang ramai tidak menyalahkan pihaknya berhubung ‘upacara telan air ludah ustaz’ yang didakwa oleh bekas mufti Perlis itu.

“Beritahu, kita siasat. Kita tidak dapat aduan. Jangan salahkan JAIS. Setakat ini memang tidak ada (laporan kepada JAIS),” katanya pengarahnya Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Beliau diminta mengulas dakwaan Dr Asri dalam kolumnya di Malaysiakini semalam yang mendakwa “upacara itu pula dibuat di masjid” oleh tokoh agama yang “bertauliah dan berjawatan” di negeri Selangor.

Dakwanya, dalam upacara tersebut, hadiran yang menghadiri kuliah disuruh berbaris dan ‘menikmati’ seorang sedikit air liur tokoh agama aliran tarekat yang di masukkan ke dalam mulut mereka “untuk mendapatkan keberkatan”.

Ditemui di perkarangan DUN Selangor hari ini, Mohammed Khusrin meminta Dr Asri memberikan butiran lanjut dakwaannya itu bagi membantu JAIS melengkapkan kertas siasatan yang baru dibuka semalam.

“Kalau dia segan hendak telefon JAIS untuk beritahu pun. Beliau boleh maklumkan kepada media, pada Malaysiakini. Kita pun tiap-tiap hari tengok Malaysiakini,” kata Mohammed Khusrin.

Ditanya sama ada JAIS boleh memulakan siasatan tanpa mengharap ‘bantuan’ daripada Dr Asri, Mohammed Khusrin menjelaskan:

“Kita tidak jumpa. Kita tidak tahu di mana masjid itu. Macam mana hendak semak, kita ada lebih seratus masjid di Selangor.

“Kenyataan dia (Dr Asri) buat itu umum sangat,” katanya.

Mohammed Khusrin juga enggan mengulas sama ada tindakan Dr Mohd Asri itu bagi ‘membalas dendam’ terhadap jabatan itu yang menangkapnya ketika mengajar tanpa tauliah sebelum ini.

“Itu saya tak pastilah. Saya tak tahulah. Sudah jadi kes mahkamah,” katanya.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/129070

Advertisements

Save Gaza: Protest against Egypt, not Allah ruling

January 8, 2010 at 1:31 am | Posted in BERITA | Leave a comment

Wong Choon Mei

KUALA LUMPUR, Jan 8: PAS leaders have called on Muslims to show their love for Islam and solidarity with the Gaza Palestinians by taking part in a peaceful demonstration against Egypt, rather than join the frivolous Umno-instigated protest against the Allah court ruling.

They also invited all non-Muslims who wanted to condemn the atrocities committed in Gaza, where the people have been trapped and are now near to starvation after prolonged bombing and aggression by Israel, to join in the demonstration.

“Viva Palestina is first and foremost a humanitarian effort, it’s about mankind helping mankind. So whatever your race or religion, if you want to show your sympathy against the brutality and atrocities suffered by the Palestinians in the Gaza, come to this demonstration,” Dr Syed Azman Syed Ahmad, head of PAS international bureau, told Harakahdaily.

“Muslims, of course, have a greater responsibility to attend. The Islamic world is small and it behoves us to help each other, especially our brothers who are suffering. Whereas the other protest – the one against the Allah ruling – is actually stirred up deliberately by Umno leaders to foster fear and hate against the other religions for their own selfish political mileage.

Two demonstrations on the same day

Both demonstrations are slated for Friday after solat prayers. The protest against Egypt is set to take place in front of the Egyptian embassy, while the Allah protest will be at the Kampung Baru mosque.

On Tuesday, more than 10 members of the Viva Palestina convoy were injured whilst seven were detained by Egyptian police during a demonstration there. The detainees include a Malaysian medical student Ibrahim Mohd Azmi, who had taken part as a volunteer from London on December 6.

Viva Palestina is a mission to send humanitarian aid to Gaza. It is made up of 450 people from various countries, travelling in 220 vehicles. Their journey began in London on December 9 and has moved through various places in Turkey, Syria, and Jordan.

It was supposed to arrive in Gaza on Dec 27, but was held up by the Egyptian government which refused to allow them to use the port of Nuweiba to enter Rafah en-route to Gaza.

“The decision was already made to lodge an official protest against the Egyptian government. Therefore, we call on all PAS members to congregate in a peaceful demonstration at the Egyptian embassy, and not join any other rally,” said Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS vice-president.

“It is not something new. The plight of the Palestinians has always been a top issue for PAS and we will continue to get as much and help and assistance through to Gaza as possible,” said Syed Azman.

The Umno-led demo, organised mainly by Muslim NGOs backed by the political party, wants to protest last week’s High Court decision to allow a Christian magazine to use the word Allah in its Malay-language section.

They believe the name of Allah should be exclusive to their community. PAS’s stand on the issue is that Allah can be used by non-Muslims on the condition that its usage is n ot abused or misused.

KDN kemuka rayuan

January 5, 2010 at 10:37 am | Posted in BERITA | Leave a comment

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly.

Notis rayuan tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya kira-kira pukul 4 petang ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataannya berkata, KDN juga akan memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi itu.

“KDN memfailkan petisyen rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan membenarkan perkataan Allah dalam penerbitan berkenaan hari ini dan akan memfailkan permohonan menangguhkan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi,” katanya.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md. Said ketika dihubungi mengesahkan, notis rayuan tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya kira-kira pukul 4 petang ini.

Beliau turut memaklumkan, permohonan bagi menangguhkan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi itu akan difailkan di kaunter Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini esok.

Pada 31 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguannya, Herald – The Catholic Weekly dengan alasan gereja itu berhak berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dalam penghakimannya, beliau memutuskan bahawa mengikut Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Gereja Katolik mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan itu bagi tujuan tunjuk ajar dan pendidikan penganut agama Kristian.

Menurut Bee Lan, bukanlah satu kesalahan bagi seseorang yang bukan Islam menggunakan perkataan itu untuk menyebarkan agama selagi ia tidak digunakan terhadap seorang Muslim.

Beliau turut menyatakan tiada bukti dikemukakan bagi menunjukkan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ boleh mengganggu ketenteraman awam.

Mahkamah Tinggi memutuskan demikian semasa membenarkan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik yang difailkan melalui Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam pada 16 Februari lalu dengan menamakan KDN dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Gereja Katolik antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam Herald – The Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan ‘Allah’ bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam sahaja.

Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan perkataan itu oleh penerbitan tersebut atas alasan demi keselamatan negara dan mengelakkan salah faham serta kekeliruan di kalangan orang Islam.

Herald yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan bagi God dalam bahagian bahasa Malaysia.

Perkataan ‘Allah’ digunakan secara meluas di kalangan pelbagai etnik beragama Kristian di Sabah dan Sarawak yang kebanyakannya bertutur dalam bahasa Malaysia.

sumber: Utusan

Saya difitnah! – Dr Asri

November 1, 2009 at 8:58 am | Posted in BERITA | Leave a comment

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kecewa dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dalam satu memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Menurut beliau tuduhan berunsur fitnah tersebut timbul atas perasaan tidak puas hati pihak-pihak tertentu berikutan penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terhadapnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Sejak jawatan itu ditawarkan maka ada beberapa pihak yang barangkali tidak selesa, tapi itu tidak mengapa untuk mereka berikan pandangan.

“Mereka nak hantar (memorandum) kepada Yang di-Pertuan Agong tak ada masalah, tapi mereka mesti berikan fakta yang benar,” katanya dalam sidang media tergempar di sini malam tadi.

Jelas beliau antara tuduhan fitnah yang terkandung dalam memorandum bertarikh 12 Oktober lalu yang dimuatkan dalam laman web PGSM ialah mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah dan keluar dari Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali serta menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Menurut Mohd Asri lagi tuduhan lain yang dianggap melampau ialah dakwaan yang mengatakan beliau telah mencerca golongan ulama seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali.

Oleh yang demikian beliau menuntut supaya Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip yang menandatangani memorandum berkenaan supaya menyatakan bukti terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan.

“Untuk buat bantahan itu hak mereka, tapi bila beliau keluarkan beberapa tuduhan yang bagi saya membabitkan soal maruah dan keilmuan sehingga boleh menyebabkan perpecahan antara orang Islam… ini tuduhan besar.

“Saya minta beliau buktikan satu sahaja sama ada tulisan atau perkataan saya yang jadi bukti terhadap apa yang beliau sebut… saya beri tempoh selama satu minggu,” katanya.

Tambah Mohd Asri, beliau menyedari salinan memorandum berkenaan dimuatkan dalam laman web PGSM pagi semalam.

Bagaimanapun hasil semakan, salinan memorandum yang diedarkan kepada media dalam sidang media itu telah dipadam daripada lawan web berkenaan.

Antara tuduhan lain yang terdapat dalam memorandum berkenaan ialah Mohd Asri didakwa sering mengambil tindakan berkonfrantasi secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab dan kepentingan umat Islam secara keseluruhannya.

Selain itu dalam memorandum itu juga dinyatakan pendekatan ekstrem Mohd Asri telah mengundang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umat Islam di seluruh negara khususnya negeri Perlis.

Juga dinyatakan bahawa cercaan beliau dan pengikutnya kepada amalan solat hajat kononnya ia satu bentuk maksiat dalam masjid telah mengundang perbalahan dan beberapa kejadian pergaduhan.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap tuduhan berkenaan beliau berkata, “Cukuplah saya beritahu melalui media bahawa perkara ini adalah bohong, saya belum berfikir untuk saman.”

Berhubung sama ada beliau berhasrat untuk membuat penjelasan bertulis kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu ini beliau berkata: “Saya harap Yang di-Pertuan Agong juga membaca penjelasan saya, tapi mungkin juga saya boleh fikirkan (untuk menulis penjelasan rasmi) jika ada ruang boleh juga.”

Dalam pada itu, ditanya mengenai status tawaran jawatan YDP YADIM terhadapnya yang dibuat oleh Perdana Menteri pada September lalu, Mohd Asri berkata berdasarkan pekembangan terbaru ini, beliau tidak berminat dengan jawatan tersebut.

“Apabila melihat kepada perkembangan ini, saya tidak berminat… itu keputusan saya,” katanya.

Selain itu menurutnya, beliau juga mengambil kira pandangan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu beliau berada di pihak ketiga.

“Sebenarnya apabila jawatan ini timbul, saya bertanya pendapat Tun Dr Mahathir, beliau juga kurang bersetuju saya pergi mana-mana jawatan yang agak nampak di pihak kerajaan.

“Katanya elok saya jadi pihak ketiga, saya memang sedang menimbangkan nasihat beliau dua, tiga hari lepas… sebelum saya lihat memorandum ini,” katanya.

Sementara itu Mohd Asri turut mencadangkan supaya Jabatan Audit Negara melakukan siasatan terhadap YADIM bagi menyemak tentang beberapa perkara.

“Apabila timbul isu YADIM ini, saya ada semak beberapa perkara, mungkin semakan saya ini betul ataupun salah.

“Saya mencadangkan kepada pihak audit negara supaya melakukan audit kepada YADIM sekarang, ini adalah perkara yang patut dibuat dan kita mungkin akan bertemu dengan banyak perkara,” katanya tanpa mengulas lanjut.

sumber: Mstar

1Malaysia F1 team to be formed

September 15, 2009 at 6:12 pm | Posted in BERITA | Leave a comment

PUTRAJAYA: The 1Malaysia F1 Team, a joint venture between the Government and private sector, will participate in the F1 race beginning next year, Datuk Seri Najib Tun Razak announced on Tuesday.

The Prime Minister said the project involved the combined expertise of Proton and Lotus with the support of the Sepang International Circuit (SIC), Motorsports Association of Malaysia, Naza Motor and AirAsia.

Najib, who is also the Finance Minister I, told reporters when making the announcement at the Finance Ministry that leading corporate figures such as Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun and S.M. Nasarudin S.M. Nasimuddin were also involved in the initiative.

“This is the Malaysian team. The car was designed at the SIC, manufactured at the SIC, tested at the SIC and the car is Malaysian-made. Even the pit-stop team consists of Malaysians,” he said.

He said the 1Malaysia Team would identify a suitable Malaysian driver, adding that the project could lift the country’s image in the international arena.

Najib said the FIA had received Malaysia’s application to participate in the World F1 Championship next year.

Asked on the budget and the total investment by the Government, Najib said: “The Malaysian government’s investment is through Proton.”

Najib said the project was not a waste because it would provide a strong marketing element to the country when it competed in the F1 championship.

“If we want to export the Proton, we must ensure that the brand is strong. There is a strong element of marketing.

“It is not merely a sporting activity because there is an element of marketing for Proton and Malaysia while at the same time, the AirAsia and Naza brand names can be popularised,” he said.

According to a press release issued by a local public relations company for the 1Malaysia F1 Team, the national team will be based at SIC.

Universiti Teknologi Malaysia and Universiti Petronas as well as Composite Technology Research Malaysia (CTRM), a leading local composite manufacturing expert, have already been engaged to participate in the project.

The statement said the national F1 team would integrate the Malaysian technical and pit crew totalling 200 people to be managed by one of Formula One’s most respected technical director, Mike Gascoyne.

He had already recruited a core team of international experts with a proven record in the various engineering, design and manufacturing disciplines needed to ensure that the 1Malaysia F1 team was of international standard, readiness and capable of competing with the world’s greatest drivers.

Currently, six local and international drivers have been shortlisted for evaluation and the team is expected to announce its two drivers by end of next month.

The statement quoted Najib as saying that the country’s participation in Formula One with the national team had far reaching objectives, mainly the advancement of the country’s automotive industry development from the technological aspect including initiatives in green technology.

“By establishing our racing centre within the country, we hope to also attract more foreign investments and the best technical minds which, in turn, will spur the growth of our automotive industry where we hope to see more R&D into lighter, safer and more cost-effective cars,” he said.

“We further anticipate higher commitment by organisations and attendance by individuals during the F1 Petronas Malaysian GP which will be coupled with increased tourism related returns,” Najib said.

He claimed that by creating a national F1 team, the country was taking “its motor sports to its pinnacle, thus ensuring its place in this internationally embraced sports that had scaled the heights of entertainment.”

The 1Malaysia F1 Team takes its name from the “1Malaysia People First, Performance Now” policy mooted by Najib in June this year as the unifying foundation for all Malaysians to come together in celebrating cooperation among its multiethnic, multicultural and multireligious society for the betterment of the nation.

Petronas, the national oil giant, has also made advancement in this arena via its sponsorship of the BMW-Sauber Team for the last four years. — Bernama

source: The Star

17 Ramadhan: Sambutan Nuzul Quran?

September 8, 2009 at 3:26 am | Posted in BERITA | Leave a comment

Orang Islam Nusantara termasuk di Malaysia benar-benar ambil cakna tentang tarikh peristiwa-peristiwa penting dalam Islam. Tidak hairan apabila tiba tarikh-tarikh tertentu, pelbagai upacara persis perayaan disambut di pelbagai peringkat. Siapa kalangan kita tidak pernah mendengar tentang sambutan Maal Hijrah, Maulid Nabi, Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, Nuzul Quran, dan macam-macam perayaan lagi.

Dari satu sudut, sikap ambil peduli orang kita terhadap sejarah Islam, apatah lagi sirah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam patut dipuji malah disemai dalam masyarakat. Kerana ia secara langsung akan membenihkan rasa cinta dan kasih kepada baginda.

Cuma dalam keghairahan menyambut sambutan-sambutan bersejarah, wajar diperjelaskan kepada masyarakat dua perkara penting. Ia bagi memastikan perbuatan kita yang bersangkutan agama berasaskan fakta yang benar dan berpayung di bawah petunjuk agama.

Pertama, ialah memastikan kesahihan tarikh sesuatu peristiwa. Kita tidak boleh bergantung hanya kepada kepercayaan masyarakat semata-mata. Kerana kajian-kajian ilmiah masakini sudah membuktikan bahawa banyak tarikh-tarikh yang menjadi kepercayaan masyarakat Melayu, sebenarnya tidak berasas kepada bukti dan fakta yang berwibawa.

Untuk ini, kita hendaklah membuat kajian terperinci dan meluas terhadap sumber-sumber sejarah berpandukan metod yang diiktiraf dalam dunia akademik. Ataupun merujuk kepada ilmuan yang pakar dalam bidang sejarah dan riwayat.

Kedua, selepas ditemui dan dipastikan secara yakin tarikh yang tepat terhadap sesuatu peristiwa sejarah, perlu pula kepada persoalan adakah di sana syarak menganjurkan diadakan apa-apa sambutan terhadap peristiwa tersebut. Jika ada anjuran daripada syarak, maka kita hendaklah meraikannya sepertimana yang dianjurkan. Sebaliknya, jika syarak tidak menganjurkan apa-apa sambutan, janganlah kita terpedaya dengan amalan yang diada-adakan oleh orang terkemudian. Kerana amalan rekaan seperti ini pasti ditolak oleh Allah Taala.

Berpandukan kepada dua asas yang disebutkan, mari kita selusuri perayaan Nuzul Quran yang disambut pada 17 Ramadhan. Adakah terdapat sokongan daripada fakta sejarah atau tidak?

1) Tarikh Nuzul Quran

Selepas mengambil kira beberapa pandangan sejarawan Islam, serta bandingan hujah dan fakta setiap pendapat, memang ada kalangan mereka menyebut 17 Ramadhan sebagai tarikh permulaan turunnya Al-Quran. Tetapi tidak ada dalil sahih yang menyokong tarikh ini.

Yang ada hanyalah atsar daripada Abu Jaafar al-Baqir yang menyebut, “Permulaan turunnya wahyu kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah pada hari Isnin, pada tujuh belas Ramadhan”. Atsar ini diriwayatkan oleh Al-Waqidi dengan rantaian sanadnya. (Al-Bidayah Wa Al-Nihayah 3/11).

Dari sudut ilmu kajian hadis, atsar seperti ini tidak diterima sebagai hujah. Selain ia tidak bersambungan sehingga Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, ia juga adalah riwayat Al-Waqidi yang dipertikaikan kewibawaannya dalam ilmu periwayatan.

Maka, jelas bahawa sandaran kepada sambutan Nuzul Quran pada 17 Ramadhan tidak berasaskan kepada hujah yang dipercayai.

Di sana terdapat pendapat yang lebih kuat iaitu Nuzul Quran berlaku pada 24 Ramadhan (yakni: pada malam 25). Ia berdasarkan satu hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

“Diturunkan Suhuf Ibrahim a.s. pada malam pertama Ramadhan. Diturunkan Taurat pada 6 Ramadhan. Dan (diturunkan) Injil pada 13 Ramadhan. Dan diturunkan Al-Furqan (Al-Quran) pada 24 Ramadhan”.
Direkod dalam Musnad Ahmad (no: 16984), dan Mukjam Kabir Oleh Tabarani (no: 18036). Al-Albani menilainya sebagai hasan. (Silsilah Sahihah 4/104)

Antara dua tarikh iaitu 17 Ramadhan dan 24 Ramadhan, ternyata tarikh 24 Ramadhan lebih kukuh dari sudut fakta dan riwayat.

2) Adakah terdapat anjuran sambutan Nuzul Quran?

Samada kita berpegang kepada tarikh 17 atau 24, mahupun tarikh-tarikh lain, persoalan kedua ialah adakah syarak menganjurkan mengadakan sambutan apabila tibanya tarikh ini?

Wujudkah dalam dewan sunnah walau satu hadis yang bermaksud hendaklah dianjurkan apa-apa perayaan apabila tiba tarikh Nuzul Quran ini? Jawapan yang pasti ialah: Tiada!!

Beberapa dekad yang lalu pada tahun 1966, Kerajaan Pakistan melalui keduatannya di Arab Saudi mengutusi Kerajaan Arab Saudi meminta supaya dipastikan tarikh yang tepat terhadap Nuzul Quran. Ketika itu Pakistan bercadang membuat sambutan perayaan 1400 tahun Nuzul Quran. Oleh kerana banyak pendapat tentang tarikhnya di kalangan ulama Pakistan, kerajaan Pakistan meminta ketetapan tarikh daripada Kerajaan Arab Saudi.

Antara kandungan surat jawapan daripada Mufti Besar Arab Saudi ketika itu, Syeikh Muhammad bin Ibrahim Ali al-Syeikh ialah:

“Manakala perbahasan tentang keharusan menjadikan hari Nuzul Quran sebagai perayaan yang disambut saban tahun, maka sungguhpun tujuan penganjurnya baik, tetapi oleh kerana ia tidak dianjurkan syarak, tidak warid daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, juga tidak dinukilkan dari seorang pun khulafa rasyidin, dan seluruh sahabat dan tabien, tidak juga dinukilkan daripada empat Imam mazhab, Abu Hanifah, Malik, Syafie, dan Ahmad, dan tidak juga daripada imam-imam lain yang dituruti dari kalangan salaf dan khalaf, maka hendaklah diambil perhatian bahawa perbuatan seumpama ini adalah tidak harus dari segi syarak.”

Ini bererti perayaan Nuzul Quran yang disambut oleh masyarakat hari ini rupa-rupanya tidak ada langsung anjurannya daripada syarak. Ditambah pula dengan kedhaifan dalil yang menjadi hujah bagi tarikh 17 Ramadhan.

Yang paling saya ingin tekankan di sini, ialah dua elemen penting yang patut menjadi dasar dalam apa-apa sambutan perayaan dalam Islam. Pertama: Menilai kesahihan tarikh peristiwa. Kedua: Memastikan wujudkah anjuran syarak untuk diadakan perayaan sempenanya.

Dengan menyelesaikan dua jawapan secara akademik dan berfakta, In Sya Allah tindakan kita tidak akan terpesong daripada dasar-dasar Islam.

Wallahu A’lam.

sumber: Abu Umair

Pilihanraya kecil Permatang Pasir bulan Puasa

August 10, 2009 at 9:48 am | Posted in BERITA | Leave a comment

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya kecil itu dalam bulan puasa “ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa”.

“Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi ini.

Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Awal Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.

Bercakap dalam sidang akhbar pagi ini, Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan kerusi DUN Pematang Pasir kosong, berkuatakuasa 1 0gos lalu.

Berikutan itu, katanya, SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut.

Abdul Aziz berkata, senarai pemilih induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskini sehingga 31 Julai 2009, akan digunakan dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos.

Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan undi.

Terdapat lapan pusat mengundikan disediakan melibatkan 39 saluran. Daftar pemilih akan mula dijual pada 14 Ogos, tambahnya.

Menurut Abdul Aziz, keputusan dijangka dapat diumumkan pada jam 8 malam.

“Tepat 8 malam SPR akan umumkan keputusan walaupun calon yang menang tidak hadir.

“Apabila keputusan sudah muktamad ia boleh diumumkan. Kita tidak mahu lewat,” katanya Abdul Aziz.

Sumber: MK

Habiburrahman El-Shirazy: AAC, penyebab dakwahnya lebih meluas

November 23, 2008 at 6:41 am | Posted in BERITA | Leave a comment

Ali Bukhari Amir
Fri | Nov 21, 08 | 8:28:02 pm MYT

“Malu sama Rasulullah s.a.w. Baginda berdakwah ke Taif, hingga berlumuran darah dilempar batu. Saya dijemput menyampaikan dakwah. Bukannya kita cari, orang yang datang jumpa kita dan minta kita berceramah. Adakah kita patut menolak? Iklan

“Orang daripada perusahaan batu bara yang terbesar dari Kalimantan Timur itu kebetulan terbaca novel saya dan dia terus berminat mengundang saya ke sana. Saya fikir mereka mahu bicara tentang sastera, rupanya sudah pun diatur jadual saya menyampaikan kuliah ke beberapa buah masjid.

“Mereka lengkap menyediakan kereta. Apakah saya perlu berkata, oh saya cuma ingin bicara sastera Islam saja kerana itu adalah bidang saya. Ceramah agama saya tidak mahu. Tak boleh begitu. Nanti malulah sama Rasulullah,” kata beliau.

Bagi Habiburrahman El-Shirazy atau lebih mesra dengan panggilan Kang Abik, novel Ayat-Ayat Cinta (AAC) yang meletup itu adalah aset utama untuknya berdakwah dengan lebih meluas.

Ucapan ‘malu sama Rasulullah’ yang disebutkan Kang Abik petang itu kerap bergema dan berlegar-legar di dalam fikiran. Ia mengingatkan saya ke atas watak Fahri Abdullah yang sedang mempertahan seorang wartawati Amerika yang sedang memapah ibunya yang keletihan di atas LRT. Ketika warga Amerika itu diserang, Fahri dengan pantas mengucapkan sebuah sabda Rasulullah.

“Kalian telah menyakiti Rasulullah,” demikian kata Fahri. Apakah watak Fahri adalah belahan daripada jiwa beliau sendiri? Atau, apakah watak utama itu sebahagian besarnya datang daripada kesan, cetusan ilham melalui kisah rakan-rakannya?

“Ya, termasuk juga kesan pengalaman daripada rakan-rakan saya juga,” demikian ujar beliau.

“Ya, sudah tentu. Tapi berapa peratus bab daripada novel itu memaparkan kisah Kang Abik sendiri?” tanya saya. “Dan, apakah kebanyakan kisah itu juga termasuk dari belahan kisah cinta mas sendiri?”

Dia tersenyum lalu ketawa, “Ah..Saudara baca sendirilah. Nanti tahu sendiri.”

Melihat perawakannya, sosok yang kental spiritual, kukuh pendirian dengan iltizam dakwah ini ternyata masih muda. Usianya sekitar 30-an.

Baginya, AAC yang terus bangkit sebagai suatu fenomena secara tiba-tiba itu telah menjadi landasannya untuk makin kukuh dan giat bekerja dalam landasan dakwah. Dan padanya, lulusan al-Azhari tidak sepatutnya berada dalam pesantren (pondok) dan berterusan menjadi santri-santri (lulusan pondok) sahaja.

Dia malah, sempat bergurau, “Kalau mas punya wang banyak, ayuh kita sama-sama bikin filem di Hollywood!”

Apa takrif Sastera Islam?
Itu merupakan salah satu kes di mana penangan AAC menyebabkan beliau mula kerap diundang menyampaikan ceramah agama. Tapi, beliau kerap merendah diri. Dia tidak banyak mendabik dada ketika membicarakan AAC itu.

“Saya tak meletakkan novel itu sebagai sastera Islami. Saya hanya letakkan novel itu sebagai novel pembangun jiwa. Tapi, khalayak ramai kemudiannya meletakkan karya itu sebagai sastera Islam.

“Saya tidak melihat Sastera Islam itu mestilah ciri-cirinya berlatarbelakangkan masjid, Makkah dan Madinah. Ini satu tanggapan yang mesti dibetulkan,” katanya lagi.

Malah katanya, novel berjudul Harimau Harimau oleh Mochtar Lubis juga boleh diangkat sebagai sastera Islam. Ini kerana katanya, karya itu terselit di dalamnya unsur kesufian daripada segi perasaan al-Khauf (takutkan pembalasan Allah) dan al-Raja’ (pengharapan).

“Latarbelakang pengkisahannya cuma hutan dan bukannya di masjid, Mekah dan Madinah. Sekumpulan manusia mula tersesat di hutan dan masing-masing takut mati dibaham harimau. Pada saat itu, mereka mula menghitung nasib diri, amalan berhubung dosa dan pahala. Nah! Ada unsur tasawuf di situ,” tambahnya lagi.

Selain itu Kang Abik turut memetik lagi beberapa buah novel yang beliau masih ingat. Antaranya kisah sebuah kampung petani yang tanaman mereka tidak menjadi kerana dilanda musim kemarau. Tiba-tiba ada seorang petani tua yang berpesan agar jangan mudah menyerah kalah kepada kemarau itu.

“Petani tua itu berkata, di sana ada danau yang masih boleh diambil airnya. Ambil dan siramkan tanaman itu. Dan ini ada hubungan dengan firman Tuhan – Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang bertindak mengubahnya.

“Jadi, jangan disempitkan lagi sastera Islam itu dengan berlatarbelakangkan cuma masjid, Makkah dan Madinah sahaja,” kata beliau lagi.

Baginya, penafsiran yang melihat sastera Islam itu cuma terhad kepada latarbelakang Makkah, Madinah, masjid itu akan menyebabkan sastera Islam akan menjadi makin sempit, walhal Islam itu luas dan rahmatnya melimpah ke serata alam. Islam ada pada setiap bangsa dan ia hadir di semua negara.

“Malah sastera Islam itu masuk mengalir ke Indonesia itu serentak dengan kehadiran Islam itu sendiri,” kata beliau lagi sambil merujuk kepada tradisi dakwah Wali Songo yang menggunakan elemen, tradisi hiburan.

Mengarang dari hati
“Mungkin kerana AAC berlatarbelakang al-Azhar, maka ia diangkat sebagai sastera Islam. Tetapi, saya ingin katakan bahawa jika saya tak belajar di al-Azhar dan di Timur Tengah sekali pun, saya tetap akan mengarang Ayat-Ayat Cinta.”

Kami cuba mencungkil rahsia resipi Kang Abik dalam menyediakan ramuan novel sebagai hidangan jiwa, santapan rohani dan kini ia menjadi juadah pembuka selera bicara bagi penggemar sastera kini.

“Biasa saja, sesuaikan tema novel dengan judulnya. Malah AAC itu sudah ada berapa buah judulnya dalam fikiran saya sebelum ini,” kemudian dia terdiam sebentar.

“Ya, selain itu ada juga kita bertafakur, bermenung sendirian..”

Saya yakin, Kang Abik tergolong dalam kumpulan manusia, atau watak-watak penulis yang mengarang bukan lagi lewat jari-jemari, malah mereka mengarang daripada hati-hatinya.

Seperti kata Buya Hamka dalam salah satu catatannya, orang yang mengarang dari hatinya, tulisan mereka itu akan terpancar dan kesannya terus masuk ke dalam hati manusia lain.

sumber:  http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18015&Itemid=1

Next Page »

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.