Buku Terbaru – 10 Tonggak Remaja Hebat

December 7, 2010 at 8:18 am | Posted in IKLAN | Leave a comment


Buku: 10 Tonggak Remaja Hebat

Penulis: Adlan Bin Abd. Aziz & Sulaiman Bin Hassim

Harga : RM8.00

* Boleh didapati melalui pesanan terus kepada penulis di – pemudaiman@yahoo.com atau hantar pesanan melalui Facebook – Adlan Abd Aziz

Selamat membaca!

Advertisements

Pertandingan Menulis AFN

March 26, 2010 at 12:54 pm | Posted in IKLAN | Leave a comment

Assalamu’alaikum waRahmatullahi waBarakatuh,

Suka cita dimaklumkan bahawa AFN akan melangsungkan pertandingan menulis artikel agama. Tujuan pertandingan ialah menggalakkan warga AFN menulis artikel agama serta mencungkil bakat-bakat baru yang mungkin selama ini tersembunyi.

Maklumat lanjut, sila klik sini

Perbincangan, sila ke forum topik: Sembang-Sembang Pertandingan Menulis AFN (sila klik)

Makluman terbaru: Hadiah telah bertambah dengan sumbangan terbaru daripada Karangkraf.

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

[1] Tarikh pertandingan: 15 Mac – 31 Mac 2010.

[2] Peserta: Terbuka kepada semua warga AFN kecuali staf dan ahli keluarga staf. Tiada yuran dikenakan. Setiap warga AFN boleh menghantar sebanyak maksimum tiga artikel seorang.

[3] Tajuk artikel: Para peserta hendaklah memilih salah satu dari tiga tajuk berikut:

[a] 2020: Islam dan Muslim Di Malaysia
Tuliskan pandangan dan wawasan anda untuk Islam dan umatnya di Malaysia dalam masa 10 tahun akan datang.

[b] Wahai Lelaki! Dengarlah Pandangan Saya.
Coretkan pujian dan kritikan anda tentang kaum lelaki masa kini, sama ada sebagai insan, suami, ayah, muslim dan sebagainya.

[c] Tiga Perkataan Yang Paling Sukar Diucap Masa Kini.
Kongsikan tiga perkataan yang pada pandangan anda amat sukar dan jarang-jarang disebut oleh umat Islam mutakhir ini.

[4] Artikel hendaklah ditulis menggunakan MS Word dan save sebagai “Word 97-2003 document” dan emelkan kepada saya di hafizfirdaus2@yahoo.com.my sebelum tengah malam 31 Mac 2010.

[5] Artikel hendaklah ditulis pada kertas saiz A4, font Times New Roman, saiz 12, 1.5 line spacing. Ketebalan minimum ialah 3 mukasurat, maksimum ialah 4 mukasurat.

[6] Permulaan setiap artikel hendaklah dinyatakan tajuk (salah satu dari tiga tajuk di atas), nama penuh pengarang dan user name pengarang di AFN.

[7] Hasil karya hendaklah tulen dari penulis dan bukan salinan atau “copy and paste” dari sumber lain.

[8] Apa-apa masukan atau nukilan dari sumber lain umpama ayat Qur’an, hadis, kata-kata ulama’ hendaklah dinyatakan sumbernya.

[9] Mana-mana artikel yang tidak menepati syarat di atas akan ditolak tanpa sebarang pertimbangan lanjut.

Artikel-artikel akan diadili oleh satu panel hakim yang terdiri dari beberapa warga senior AFN. Artikel akan diadili berdasarkan:

a – Ketepatan dalil dan hujah.
b – Struktur artikel (intro, body, ending).
c – Tatabahasa, ejaan dan susunan ayat.
d – Kekemasan menulis (para, margin, etc).
e – Kehadiran ciri menarik yang lain dari yang lain.

Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau maklumbalas tidak akan dilayan.

Hadiah-hadiah adalah ihsan dari E & A Shopping Centre.:

Hadiah Pertama: Tafsir Imam Syafi’i (3 jilid besar berkulit keras) dan tunai RM200.
Hadiah Kedua: Ringkasan Kitab al-Umm (3 jilid besar berkulit keras) dan tunai RM150.
Hadiah Ketiga: Raudhah al-Thalibin (2 jilid besar berkulit keras) dan tunai RM100.

Hadiah saguhati:

Pertama: Tunai RM150.00
Kedua: Tunai RM100.00
Ketiga: Tunai RM75.00

Selamat menulis.

Perbincangan, sila ke forum topik: Sembang-Sembang Pertandingan Menulis AFN (sila klik)

Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna

January 7, 2010 at 1:55 pm | Posted in IKLAN | Leave a comment

Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH : 30 JANUARI 2010

TEMPAT : DEWAN SERI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), BANGI.

ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

INFO : HTTP://KOBANNA.ISMAWEB.NET

OBJEKTIF

i.  Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.

PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

YURAN PENYERTAAN


Klasifikasi

Bayaran Sasaran (orang)
Perseorangan RM50 800
Pelajar RM20 2000


TENTATIF PROGRAM

08.00 am – 08.30 am Kehadiran peserta dan pendaftaran
08:30 am – 10:00 am Ucaptama Konvensyen
10:00 am – 10:30 am Rehat
10:30 am – 11:40 am Kertas Kerja I:”Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Agendaoleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias
11:40 am –12:50 pm Kertas Kerja II:”Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pendekatannya di Malaysia oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman
12:40 pm – 02:00 pm Solat dan Makan Tengahari
02:00pm –  03:15 pm Kertas Kerja III: ”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
03:15 pm – 04:00 pm Pembentangan Resolusi
04:00 pm – 04:30 pm Ucapan Penutupan Konvensyen. Majlis bersurai

InsyaAllah, ISMA Melaka akan mengusahakan penghantaran rombongan pada hari tersebut. Kepada pembaca yang tinggal di sekitar Melaka dan berminat untuk turut bersama, bolehlah menghubungi penganjur seperti di bawah

  • Saudara Zulkipli – 013-6001722
  • Saudara Khair – 013-3930221

Diharap Konvensyen sebegini mampu menaikkan kembali kefahaman bangsa Melayu Muslim khususnya terhadap agenda memajukan ummah. Sila layari laman sesawang http://kobanna.ismaweb.net untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut. Anda juga boleh memuat turun borang penyertaan seperti di bawah.

BORANG PENYERTAAN KOBANNA 2010.

Wassalam

Disediakan oleh,

Sidang Redaksi
ISMAmelaka.com

Al-Kuliyyah TV3: Dr Asri, Dr El-Muhammady & Dr Fauzi Deraman

November 18, 2009 at 1:29 pm | Posted in IKLAN | Leave a comment

Buku Ramadhan Bersama Rasulullah SAW

September 8, 2009 at 9:58 pm | Posted in IKLAN | Leave a comment

Alhamdulillah, saya dan dua orang rakan telah berjaya menghasilkan sebuah buku ringkas tentang beberapa hadith Rasulullah SAW berkaitan Ramadhan. Sudilah mendapatkannya untuk faedah bersama…:

Tajuk: Ramadhan Bersama Rasulullah SAW
Penulis:

1.Adlan Bin Abd. Aziz (Bahasa Arab, Univ. Al al-Bayt, Jordan)

2.Mohd.Abrar Bin Mohd.Noor (Fiqh & Usul Fiqh,UIAM)

3.Mohamad Raqi Bin Mohamad Shapien (Usuluddin, Univ.Malaya

Sinopsis:
Buku ini merupakan himpunan beberapa hadith Rasulullah SAW berkaitan puasa berserta huraian ringkas yang mudah untuk difahami lalu diamalkan, insya Allah. Walaupun ia tidak mengumpulkan kesemua hadith berkaitan puasa, namun kebanyakan hadith yang sering kita dengari ada di dalam buku ini. Tajuk ini membawa makna yang amat mendalam untuk kita renungkan.

harga:
Semenanjung Malaysia RM8.00
Sabah/Sarawak RM10.00

*Untuk mendapatkan buku ini, bolehlah menghubungi

019-7105167 atau menghantar ke alamat e mail : alitantawi@yahoo.com

atau berjumpa sendiri dengan saya sekiranya ada berhampiran.

Selamat membaca…

sumber: Alitantawi

SEMINAR PENGHAYATAN RAMADHAN 1430H/2009M

August 12, 2009 at 6:24 am | Posted in IKLAN | Leave a comment

Agenda Program

8:00 –9:00 pagi Pendaftaran

9:00 –9:45 pagi Kesan Puasa Terhadap Pembentukan Peribadi Muslim

Ustaz Zaidi Muhammad Jalil

Timbalan Yang-Dipertua ISMA Melaka

Pengajar MRSM Alor Gajah

9:50 – 10:20 pagi Pembukaan & Perasmian Majlis

10:20-10:35 pagi Persembahan Nasyid

10.40-11.10pagi Minum Pagi

11:15-12:15 tghari Fiqh Ramadhan

Ust Ahmad Zainal Abidin,

Yang-Dipertua ISMA Melaka

Pensyarah, Universiti Multimedia Melaka

12:15-1.15 tghari Soal-jawab Isu Ramadhan

1:15-1.30 ptg Majlis Penutup

1.30 petang Solat Zuhur dan bersurai.

Blog Tajdid Fikir

April 21, 2009 at 4:32 am | Posted in IKLAN | 1 Comment

untitled1

Sila click pada gambar

PANDUAN SOLAT SUNAT CARA NABI

December 19, 2008 at 10:33 am | Posted in IKLAN | Leave a comment

TAJUK : PANDUAN SOLAT SUNAT CARA NABI
PENULIS :
Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
DISEMAK OLEH : Ust Mohd Fikri Che Hussain
Penerbit : Jahabersa
Harga : RM 20.00

Dalam buku ini saya membahaskan 21 jenis solat-solat sunat berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW. Berikut adalah kata-kata aluan dari Ustaz Mohd fikri Che Hussain yang telah membantu saya adalam menghasilkan buku ini.

==============================

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِاَلْحَمْدُ ِللهِ حَمْداً كَثِيْراً طَيِّباً مُبَارَكاً فِيْهِ، كَمَا يُحِبُّ رَبَّناَ وَيَرْضَى، وَصَلىَّ الله وَسَلَّم عَلىَ نَبِيِّناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، أما بعد:

Sesungguhnya Solat Sunat merupakan petunjuk yang dilaksanakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan diajarkannya kepada para sahabat dari generasi ke generasi hinggalah kepada kita pada hari ini. Setelah saya diminta oleh penulis iaitu saudara Mohd Yaakub Mohd Yunus untuk meneliti dan menyemak hasil kerja yang diusahakan olehnya ini. Saya secara peribadi merasa begitu berbesar hati menerima jemputannya di atas penghargaan yang beliau berikan kepada diri saya.

Ketekunan penulis dalam bidang penulisan semakin terserlah dengan karya-karya yang bermutu dari aspek pendalilan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah saban tahun. Penulisan artikel yang bermetodkan fahaman Salaf al-Salih berjaya dihasilkan penulis di dada-dada akhbar dan majalah hampir setiap bulan. Hasil karya penulisannya selama ini mulai tersebar ke serata pelusuk Malaysia. Alhamdulillah.

Kesungguhan sebegini perlu diteladani oleh golongan mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut pelbagai ilmu secara umum dan dalam jurusan agama khususnya. Gunakan kemampuan yang dipelajari dan ilmu yang diperolehi dengan menghasilkan karya penulisan untuk diketengahkan dalam masyarakat. Isu keruntuhan moral yang berleluasa pada masa kini memerlukan sumbangan daripada pelbagai pihak dalam usaha membantu mengatasinya. Peranan para agamawan perlu dicambahkan dengan sebaiknya bagi mengatasi kemelut yang melanda ummah dewasa ini. Kerjasama di kalangan kelompok ustaz dan protaz perlu ditingkatkan lagi keberkesanannya dalam mencapai misi dakwah sejagat.

Buku yang berada di tangan anda ini begitu menarik untuk dimiliki oleh setiap mereka yang mencintai kebenaran, kesahihan dan keberkatan dalam amalan seharian mereka. Topik berkaitan solat merupakan topik yang begitu laris dalam pasaran buku-buku agama. Meskipun tajuk buku berkaitan Solat Sunat ini begitu banyak memenuhi pasaran buku-buku agama, namun kandungan di dalam buku ini terdapat sedikit kelainan berbanding buku lain yang pernah saya baca dan rujuk. Penulis menggarapkan perbincangan secara lebih kemas dari aspek ilmiah dan mendasari setiap perlakuan ibadah Solat Sunat dengan hujah dan fakta yang kukuh.

Metod yang beliau gunakan dalam karyanya ini adalah berteraskan Fiqh al-Sunnah yang berpandukan amalan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana sabda baginda mengenai ibadah solat:

Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-Azaan, no: 631.

Panduan berteraskan sunnah yang diambil daripada kepelbagaian sumber dan rujukan ini kemudiannya dihuraikan oleh penulis dengan metod tahqiq (semakan) dan tarjih (menyatakan keutamaan pendapat yang perlu dipegang dan diamalkan). Di samping menolak setiap amalan yang tidak bertunjangkan kepada sunnah atau menyelisihi amalan sunnah yang dilaksanakan pada zaman sahabat dan generasi berikutnya pada era keemasan Islam.

Di dalam buku Solat Sunat ini, penulis turut menyatakan panduan beserta hukum dan tatacara pelaksanaannya berpandukan hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan keadaan ini memerlukan ketekunan dan kerapkali memakan masa yang lama. Beliau menyusun hadis-hadis yang sahih menurut martabatnya dengan huraian ringkas berkaitan Fiqh al-Hadis berkenaan dengan sanad dan matannya.

Pendedahan pada amalan Solat Sunat ini, sekalipun sudah banyak ditulis oleh para penulis yang lain. Ia perlu terus ditekankan kerana Solat Sunat merupakan ibadah seharian yang dilaksanakan oleh setiap individu Muslim. Namun kualitinya yang seiring dengan sunnah yang suci perlu diperkemaskan agar dapat memberikan nilaian yang hebat di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Selain itu ia dapat mendekatkan kita kepada petunjuk yang paling hampir dengan petunjuk sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam pelaksanaannya.

Justeru itu, di dalam kesempatan ini saya ingin mengajak dan menggalakkan kepada semua pembaca agar dapat membaca buku-buku yang berfaedah seperti buku ini untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Buku sebegini juga wajar dimiliki oleh mereka yang sedaya upaya menghayati manhaj yang sahih dan berpegang kepada sunnah yang mulia. Kita mengharapkan agar buku ini dapat memberikan sumbangan yang terbaik dalam menyalurkan maklumat ilmiah dan cukup berguna kepada individu dan masyarakat Islam yang mencintai sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala agar memberikan ganjaran terbaik kepada anda dan para pembaca buku ini serta memanfaatkannya dalam ibadah seharian mereka. Diharapkan juga para pembaca dapat mendoakan kepada penulis dan juga diri saya agar ditambahkan ilmu serta dapat menyebarkannya dalam bidang penulisan yang kami perjuangkan. Amin!

Akhirnya, marilah kita merenungi dan cuba menghayati sedalam-dalamnya maksud yang terkandung di dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala ini:

Maka gembirakanlah hamba-hamba-Ku, yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut yang terbaik (untuk diamalkan dalam urusan agama), mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang yang berakal sempurna. – al-Zumar (39) : 17-18

Sekian, hamba yang mengharapkan keampunan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Mohd Fikri Bin Che Hussain
Rabiulakhir 1429 / Mei 2008
Felda Sungai Nerek, Temerloh
Pahang Darul Makmur

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.