[Dr Fadlan Othman] Daku Optimis!

July 17, 2011 at 1:33 pm | Posted in Tazkirah | Leave a comment

Tatkala senyap dikata tiada islah tiada dakwah,

Bila berbicara lantas dituduh mengampu…

Dari aliran dan parti lain ada yang mencaci dan memaki,

Dari aliran dan parti serupa ada yang tumpang setengah kaki…

Namun masih ramai yang waras…

Apakan daya…

Sungguhpun begitu, daku tidak endah bila dicerca ajnabi,

Kerna barangkali dia tiada mengerti…

Namun amat pedih terasa tikaman habibi,

Walaupun faham; label diberi selepas diskusi…

Apakan daya…

Beginilah manusia…

Tetapi; daku optimis ini hanya variasi perjuangan…

Semoga kita diampun Ilahi..

Melabelkan Ustaz ‘Sunnah’ ‘Salafi’ ‘Manhaji’ dan bukan…??

September 13, 2010 at 3:50 pm | Posted in Tazkirah | 1 Comment

ADA USTAZ/KULIAH SUNNAH ADA YANG BUKAN?

Apa yang saya maksudkan ialah kecenderungan sebahagian sahabat pencinta ilmu dalam membezakan antara kuliah sunnah dan kuliah bukan sunnah. Atau apa yang digambarkan oleh sebahagian lagi dengan istilah kuliah ‘ustaz’ sunnah dan kuliah ustaz ‘bukan’ sunnah. Pembahagian ini telah lama wujud dalam kalangan sebahagian penuntut ilmu dan telah pun wujud dalam internet secara meluas. Ada yang mengiklankan kuliah tertentu dan tidak mengiklankan kuliah tertentu. Mengapa? Sebabnya ialah kuliah yang diiklankan itu disampaikan oleh ustaz yang ‘bermanhaj’, ‘sunnah’, ‘salafi’ dan sebagainya sedangkan kuliah lain tidak begitu.

TEGURAN YANG PERLU DIULANG KEPADA PENUNTUT ILMU

Saya pernah menulis tentang perkara ini secara peribadi dalam blog alitantawi.blogspot.com dan juga dalam laman web al-ahkam.net, namun saya merasakan bahawa perkara ini perlu diulang berkali-kali dan disebarluaskan agar salah faham dan kekeliruan tentang perkara ini dapat dikurangkan kalau pun tidak dapat dihapuskan.

Sesuatu yang amat menghairankan mengapa pembahagian ini disebut-sebut dalam kalangan penuntut ilmu yang masih lagi dalam proses pencarian ilmu. Adakah ilmu di dada sudah cukup sehingga mereka mampu membezakan golongan pendakwah dan ahli ilmu dengan pembahagian sehebat ini?

LABEL USTAZ SUNNAH MEMBAWA KEKELIRUAN

Kenapa perlu ada segolongan pendakwah atau segolongan ustaz dilabelkan dengan label ‘ustaz sunnah’? Walaupun mereka yang melabelkan ini tidak secara jelas melabelkan orang lain sebagai ‘bukan’ sunnah, namun sesiapa sahaja dapat memahami bahawa label itu membawa label yang berlawanan dalam masa yang sama.

Mungkin ada yang berkata pembahagian ini adalah hak masing-masing dan setiap insan berhak membuat pilihan. Mungkin benar. Tetapi pilihan yang dibuat biarlah berdasarkan sebab dan alasan kukuh, bukan hanya kegopohan dan emosi.

Satu perkara yang sentiasa saya timbulkan ketika berbincang dengan sahabat-sahabat…siapa yang mampu memberikan kata putus ustaz ini
‘sunnah’, ‘bermanhaj’, ‘salafi’? Adakah dengan hanya melihat ustaz itu sentiasa menyebut perkataan ‘sunnah, salafi, manhaj’? Atau dengan hanya melihat kepada cara ustaz itu berpakaian atau rupa parasnya? Atau adakah dengan ukuran berapa banyak kritikan yang dikeluarkan ustaz itu dalam kuliahnya? Atau dengan hanya melihat perpustakaan di rumah ustaz itu yang banyak bukunya tanpa mengetahui adakah ia dibuka atau disimpan sekian lama?

Soalan saya yang amat jelas –

Pertama – ukuran apakah yang anda gunakan untuk melabelkan seseorang itu ‘sunnah’ atau ‘bukan sunnah’?

Kedua – adakah anda mampu mengukur dan melabel sedangkan anda sendiri penuntut ilmu yang masih dalam proses mencari ilmu?

Ketiga – apakah kesan dari pembahagian sebegini? Adakah kesannya guru anda makin berkurang sehingga tinggal seorang dua saja guru? Itu yang kita inginkan?

dan dalam masa yang sama anda bercakap soal dakwah? Ini hakikat dakwah….

DAKWAH PERLU KERJASAMA, BUKAN PERPECAHAN

Kita amat memerlukan sikap muafakat dan gabungan kerjasama antara banyak pihak dalam menjayakan dakwah. Sikap melabelkan kuliah tertentu atau ustaz tertentu sebagai yang paling ‘sunnah’ atau paling tepat membawa dakwah akan mengguris hati sesetengah pihak dan juga paling penting ia akan mewujudkan kekeliruan dalam masyarakat yang inginkan ilmu. Kuliah mana yang ingin diikutinya? Sedangkan sepatutnya kita sebagai pendakwah seharusnya bersikap mesra dengan semua pendakwah. Sikap merendah diri sepatutnya wujud dalam mengajak masyarakat ke arah mendalami ilmu Islam tanpa membezakan antara pendakwah.

Pembahagian sebegini mewujudkan banyak kesan negatif sama ada kita akui atau tidak. Di antara kesannya (pada sebahagian masyarakat) ialah wujudnya sikap mengagungkan sebahagian pendakwah..dan yang paling serius ialah wujud bersama sikap ini sikap lain yang lebih merbahaya iaitu – merendahkan dan memperlekehkan pendakwah lain! Soalan paling penting untuk mereka yang terjebak dalam sikap ini ialah:

– atas dasar apa seseorang pendakwah itu diperlekehkan? Kalau pun ada kekurangan dan kesilapan, sememangnya manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

– adakah kita boleh menafikan sumbangan seseorang pendakwah (yang kita perlekehkan itu) hanya sekadar dia melakukan beberapa kesilapan? Mungkin pendakwah tersebut telah berbelas atau berpuluh tahun berdakwah. Bukankah jasa mereka lebih besar dari anda yang asyik merendahkan mereka?

– adakah dengan segelintir kecil ustaz-ustaz bermanhaj atau ustaz-ustaz ‘sunnah’ ini kita dapat mendalami banyak ilmu yang pelbagai tentang Islam? Ini satu kerugian.

USTAZ ‘SUNNAH’ SENDIRI MENAMBAHKAN KEKELIRUAN

Paling menyedihkan ialah terdapat segelintir ustaz-ustaz yang diagungkan ini pula yang menambahkan lagi kekeliruan pengikutnya dengan membuat penilaian-penilaian gopoh tentang pendakwah lain atau aliran dakwah lain.

Agaknya kerana pengikut yang terlalu memujinya menyebabkan mereka terkena beberapa penyakit:

Pertama – penyakit memandang rendah kepada hasil usaha dan jasa dakwah pendakwah dan ahli ilmu lain. Apa sahaja yang dibuat oleh orang lain dianggap ‘tidak penting’, ‘tidak aula’, ‘perkara remeh’.

Kedua – penyakit tidak membuat kajian baru dan tidak lagi menambah ilmu. Agaknya ilmu sudah cukup dengan hanya satu dua buku dalam sesuatu bidang?

Ketiga – penyakit mengkritik dan menolak tanpa ilmu, tapi dengan hanya
hujah yang bukan hujah iaitu ‘label’. Dengan label dan gelaran, hujah tidak lagi diperlukan.

Saya masih ingat ketika al-ahkam.net mula mengetengahkan beberapa isu yang agak baru (walaupun hakikatnya sudah lama dalam dunia ilmu) contohnya seperti perbezaan manhaj kajian hadith antara ulama terdahulu dan kemudian (persoalan manhaj al-mutaqaddimin dan al-mutaakhirin)..terdapat suara-suara sumbang yang tidak senang dan mengkritik. Tetapi hakikatnya tidak ada kritikan yang ilmiah. Malah tidak ada penulisan yang dibuat oleh mereka yang mengkritik walaupun kedengarannya mereka mempunyai pelbagai ijazah dalam bidang hadith. Sedangkan pada hakikatnya al-ahkam.net hanya menterjemahkan perbincangan yang berlaku dalam dunia ilmu hadith dan bukannya membawa dakwaan baru.

Kegagalan sebahagian pihak untuk memahami isu ini mungkin juga berpunca daripada cara penerangan panel hadith al-ahkam.net memberi penjelasan. Namun terdapat segolongan yang mendakwa mereka bermanhaj telah menolak isu ini bukan dengan perbincangan, tetapi dengan melabelkan al-ahkam.net dan panel hadith dengan label tertentu. Inilah hasil membeza-bezakan pendakwah sehingga isu ilmiah tidak diberikan haknya yang sepatutnya.

BUKAN MAKSUD TIDAK BOLEH MENEGUR ATAU MENGKRITIK

Adakah tulisan saya bermaksud kita tidak boleh menegur atau mengkritik pendakwah? Tidak sama sekali. Tetapi biarlah kritikan kita itu mempunyai hadnya, disiplinnya dan adabnya. Bukan dengan cara membahagikan terus – pendakwah ini ok, pendakwa ini tak ok. Pendakwah ini salafi, pendakwah ini bukan salafi (anda tahu apa itu salafi sebenar?). Pendakwah ini bermanhaj, pendakwah ini tak ada manhaj. Pendakwah ini ok, pendakwah ini tak boleh pakai. Ini bukan kritikan ilmiah….ini bukan cara menegur yang betul..ini ibarat kita menolak SEMUA kebaikan pendakwah itu hanya dengan SATU atau BEBERAPA kesilapan. Itu yang saya tolak dalam tulisan ini.

ILMU TENTANG ISLAM PERLU DIPELAJARI DARI PELBAGAI GURU DAN SUMBER

Apabila kita membaca sejarah hidup tokoh-tokoh Islam sepanjang zaman, tidak pernah kita temui mereka membahagikan guru-guru mereka sehingga mereka hanya mengambil ilmu dari guru tertentu dan meninggalkan guru tertentu.

Namun apa yang kita temui ialah mereka mempunyai beratus malah beribu orang guru. Adakah kita yakin mereka bersetuju dan sependapat dengan kesemua guru mereka itu? Sudah pasti mereka berbeza pandangan dengan guru-guru mereka namun untuk mendapatkan ilmu, kita tidak boleh meninggalkan guru tertentu hanya dengan sebab terdapat perbezaan pandangan. Itu amat merugikan diri kita sendiri.

Masih saya ingat terdapat sebahagian penuntut ilmu di Jordan yang tidak belajar dengan guru tertentu hanya kerana manhaj yang berlainan. Masih saya ingat ada yang tidak pergi belajar dengan salah seorang pensyarah atau ulama hanya dengan label tertentu. Syuaib al-Arnaout yang merupakan di antara ulama terkemuka di Jordan sebagai contoh. Saya pernah mendengar bahawa ada seorang penuntut ilmu di sana yang tidak langsung belajar dengan beliau sepanjang berada di sana hanya kerana sebab – Syeikh Syuaib tidak salafi!

Sedangkan guru-guru seperti Syuaib dan lain-lain lagii merupakan alim ulama terkenal yang menjadi tumpuan penuntut ilmu seluruh dunia Islam. Ada yang mengimpikan dari jauh untuk belajar dengan mereka sedangkan kita langsung tidak pergi menuntut ilmu dengan mereka yang berada hanya di depan mata! Sudah pasti mereka mempunyai kelemahan tertentu tetapi apakah itu menjadi sebab untuk kita terus kekal belajar hanya dengan beberapa orang guru? Kalaupun benar mereka ada kelemahan…bandingkan dengan kelemahan diri kita!

Tidak mengapa jika kita mempunyai alasan lain untuk tidak berguru dengan pendakwah tertentu seperti – terlalu jauh atau terlalu sibuk. Mungkin itu boleh diterima. Tetapi dengan menggunakan alasan ‘tidak sunnah’ atau ‘tidak bermanhaj’ malah ‘tidak salafi’ …itu satu kerugian dalam pencarian ilmu.

MASIH INGAT LAGI SIAPA GURU KITA SEJAK KECIL?

Bukankah kita sejak kecil menjadi celik agama dengan belajar di tangan ustaz-ustaz yang pelbagai? Siapakah yang berjasa mendidik kita untuk mengenali huruf Al-Quran, membacanya…mengenali tentang Rasulullah s.a.w. dan hadith-hadith Baginda…mengajar kita tentang cara beribadah…mendidik kita akhlak mulia…bukankah mereka itu yang kini kita labelkan sebagai ‘bukan sunnah’ atau ‘tidak bermanhaj’?? Kenapa mudah sangat kita lupa jasa mereka?

saya terfikir sendirian…siapakah mereka ini untuk membezakan antara pendakwah dengan gelaran tertentu? Ada yang tidak lancar membaca Al-Quran, hanya menghafal beberapa ayat, ada yang tidak tahu langsung membaca buku-buku dalam Bahasa Arab, tidak pernah langsung belajar asas-asas ilmu Islam seperti Usul Hadith, Usul Fiqh, tidak pernah walau sekali selesai mempelajari satu kitab dari mazhab fiqh….

APA KELAYAKAN ANDA UNTUK MELABELKAN PENDAKWAH DAN USTAZ TANPA ALASAN ILMU??

HARAPAN

Saya amat berharap sahabat-sahabat penuntut ilmu agar menuntut ilmu dari pelbagai sumber dan dari pendakwah-pendakwah yang ramai di Malaysia. Sekiranya kita mempunyai pandangan berbeza itu tidak mengapa selagi mana kita mempunyai ilmu untuk membezakan mana yang patut diikut dan mana yang tidak.

Namun dengan hanya ‘label’ yang menjadi asas ukuran menolak atau menerima…itu bukan ilmu…itu anganmu!!

oleh: Ustad Adlan Abdul Aziz (Pemuda Iman)

Pengganas Yahudi Menyerang Dunia

January 16, 2009 at 7:51 am | Posted in Tazkirah | Leave a comment

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Tiada kata yang dapat menggambarkan sakit hati dan kemarahan kita terhadap Yahudi di ketika ini. Sudah masuk hari ketiga Palestin diserang!.
palestin.gif

Laporan berita BBC sebentar tadi ( 29 Dis 08 jam 10 pm waktu UK) memaparkan petikan ucapan Setiausaha Agung United Nation, Ban Ki-Moon yang amat tidak waras lagi tidak beraqal. Namun sejuta maki hamun kita masih belum mampu membantu rakyat Muslim Palestin.

Mr Ban said he was “deeply alarmed” by the escalation of violence in Gaza. While recognising Israel’s right to defend itself from militant rocket attacks, he condemned its “excessive use of force”. (http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/middle_east/7803711.stm)

Laporan bertulis BBC itu tidak memasukkan ucapan awal Ban yang mengecam Hamas sebagaimana yang disiarkan dalam berta mereka. Namun anda boleh mendengar sendiri ucapannya di link BBC di atas.

Ban berkata :-

“kami mengecam serangan yang dilakukan oleh Hamas terhadap Israel, dalam pada masa kami mengakui hak Israel untuk mempertahankan dirinya, kami turut mengecam serangan besar-besaran yang dilakukan Israel”

Nada selari tanpa aqal ini sebenarnya dikarang oleh White House sebagaiman dilaporkan oleh White House

The White House, meanwhile, said Monday that Israel was not looking to “retake” the Gaza Strip and was only acting to defend its citizens (http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)

Demikianlah rupa United Nation yang begitu menikus dalam kenataaannya sehingga menafikan fakta, mujur laporan berita BBC kelihatan lebih rasional dengan kelihatan tidak berpuasa hati dengan serangan Israel, ia juga mendedahkan betapa rakyat Palestin di Gaza yang dipenuhi dengan orang awam diserang.

Laporan mereka turut mendedahkan beberapa kawasan Israel yang diserang namun dengan jelas pengulas mengatakan, perasaan takut di kawasan Israel terlalu sedikit berbanding suasana menakutkan di Gaza.

KEMATIAN DAN KEMUSNAHAN

Di Gaza, dilaporkan sekitar 350 orang Palestin telah maut dimamah senjata dan sebahagian dari jumlah tersebut disahkan dengan rasmi adalah orang awam, kanak-kanak dan wanita serta orang awam tanpa senjata. Sekitar 1550 orang pula cedera. Manakala menurut laporannya hanya 4 orang Yahudi maut dalamserangan balas HAMAS.

Sebuah keluarga diragut hidup mereka di waktu sedang tidur apabila rumah mereka terkena serangan bom, dinding runtuh dan hanya seorang sahaja yang selamat.

OBJEKTIF SERANGAN

Berita BBC turut melaporkan, pihak Yahudi dilaporkan sengaja menyerang besar-besaran bagi meningkatkan rasa keyakinan terhadap pertahanan dan ketenteraan mereka serta menimbulkan rasa takut di kalangan musuhnya, terutamanya Hamas dan Hizbullah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Yahudi, Haim Ramon ; Objektif utama mereka pula adalah menjatuhkan kerajaan pimpinan HAMAS, DAN MEREKA HANYA AKAAN BERHENTI SERANG APABILA KERAJAAN DIAMBIL OLEH SESIAPA SELAIN HAMAS!. (http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)

Motif tersirat adalah pembersihan etnik Palestin dari muka bumi.! Bukankah dahulu US dan kuncunya sibuk mempromosikan demokrasi ? dan HAMAS adalah kerajaan yang sah di pilih melalui sistem tersebut! Justeru mengapa diganggu dan ingin dijatuhkan secara keji!.

Jurucakap tentera Israel, Avi Benayhu pula melaporkan serangan ini hanya baru di peringkat permulaan, berates-ratus kereta kebal Israel sedang berbaris di sempadan menunggu isyarat serang. Moga mereka hancur sebelum sempat menyerang.

YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST

Benar, itulah Yahudi Israel jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika

Under Section 3 of Executive Order 13224 “Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism”, the term “terrorism” means an activity that…

(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and

(ii) appears to be intended

• to intimidate or coerce a civilian population;

• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or

• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.

Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila memulakan serangan tanpa sebarang perbincangan dengan kuasa dunia uyang lain.

BANTUAN TERPANTAS KITA

La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.

Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.

Bacalah doa ini :

اللهم يا حي يا قيوم يا ذا الجلال والإكرام يا ودود يا ذا العرش المجيد يا فعال لما يريد نسألك اللهم بأسمائك الحسنى وصفاتك العلى واسمك الأعظم يا منشئ السحاب يا منزل الكتاب يا هازم الأحزاب ..اهزم الطغاة المجرمين من اليهود والنصارى الذين يريدون أن يعثوا فسادا في اجسادهؤلاء المسلمين ..

وانصر المسلمين والمجاهدين عليهم..اللهم انصرنا عليهم في كل مكان..اللهم أرنا فيهم عجائب قدرتك .. اللهم أحصهم عددا واقتلهم بددا ولا تغادر منهم أحدا..اللهم اجعلهم غنيمة للمسلمين..اللهم اجعل سلاحهم في صدورهم وكيدهم في نحورهم وتدبيرهم تدميرا لهم…

اللهم أنزل بهم بأسك وبطشك ورجزك وعقابك وأليم عذابك.. اللهم لا ترفع لهم راية واجعلهم لمن خلفهم آية..اللهم إن زرعهم قد دنا حصاده فهيئ لهم يدا من الحق حاصدة تحصد جذوره وتستأصل شروره..

اللهم أهلكهم كما أهلكت إرم وعاد … اللهم صب عليهم سوط عذاب فإنهم أفسدوا في البلاد وقتلوا العباد.. اللهم إنهم لا يرجون لك وقارا.. اللهم إنهم يصفونك بما أنت منزه عنه، سبحانك اللهم عما يقولن علوا كبيرا.. سبحانك اللهم وتعاليت عما يقولون علوا كبيرا…

اللهم اشف صدورنا منهم..اللهم عذبهم واجعل قتلهم على أيدي المسلمين ..اللهم سلط النصارى على اليهود واليهود على النصارى وأهلك الظالمين بالظالمين وأخرج أمة محمد من بينهم سالمين..

اللهم ارحم المسلمين من المستضعفين .. اللهم آمن روعاتهم واستر عوراتهم واحفظ ذرياتهم وارحم ثكالاهم واحفظ أياماهم واجعل أطفالهم شفعاء وقتلاهم شهداء،.. اللهم أقم على الحق دولتهم واجمع على التوحيد كلمتهم .. اللهم انصرهم.. اللهم انصرهم..اللهم انصرهم..

اللهم اجعل الملائكة تعينهم..اللهم سدد رميهم .. اللهم سدد رصاصهم…اللهم اجعل سلاحهم غنيمة في أيدي المسلمين…اللهم افتح أبواب الجهاد في كل مكان .. اللهم ارزق المسلمين أبواباً إلى الجهاد في كل مكان ..يا ربالعالمين .. اللهم نصرك .. اللهم نصرك .. اللهم نصرك .. ياحي ياقيوم برحمتك نستغيث .. سبحانك ربنا عز جارك، وجل ثناؤك، وتقدست أسماؤك، سبحانك وبحمدك، لا يهزم جندك، ولا يخلف وعدك، يا حي يا قيوم، ياذا الجلال والإكرام.

اللهم إن هؤلاء اليهود قد طغوا وبغوا، وظلموا وأفسدوا، اللهم أنزل عليهم رجزك وبأسك وغضبك وعذابك إله الحق، اللهم إن هؤلاء اليهود قد طغوا وبغوا، وظلموا وأفسدوا،

اللهم أنزل عليهم رجزك وبأسك وغضبك وعذابك إله الحق.
اللهم منزل الكتاب، ومجري السحاب، وهازم الأحزاب، اهزم اليهود الغاصبين المحتلين، وزلزلهم. اللهم خالف بين قلوبهم، وفرق جمعهم، وشتت شملهم، وزلزل أقدامهم، وأنزل بهم بأسك الذي لا يرد عن القوم المجرمين. اللهم إنا نجعلك في نحورهم، ونعوذ بك من شرورهم.

اللهم انصر إخواننا في لبنان فلسطين وافغانستان والعراق وجميع بلاد المسلمين . اللهم انصر إخواننا في لبنان فلسطين وافغانستان والعراق وجميع بلاد المسلمين .

اللهم كن لهم مؤيداً ونصيراً، ومعيناً وظهيراً. اللهم إنهم حفاة فاحملهم، وضعفة فقوهم. اللهم ارحم ضعفهم، واجبر كسرهم، وقوي عزائمهم، واحفظ عليهم دينهم، واجمع كلمتهم، ووحد صفوفهم.

اللهم أنت المرتجى؛ لا ملجى إلا إليك. اللهم إنا نسألك لهم فرجاً عاجلاً، ونصراً مؤزراً. اللهم لقد مسهم الضر.

اللهم فاكشف عنهم هذه الغمة، واكشف الغمة عن إخواننا المسلمين وفي كل مكان. اللهم انصر إخواننا المجاهدين في سبيلك في كل مكان. اللهم انصرهم في لبنان وفلسطين والعراق وفي كل مكان يا رب العالمين.

اللهم انصر دينك وكتابك وسنة نبيك وعبادك الصالحين. اللهم انصر دينك وكتابك وسنة نبيك وعبادك الصالحين. اللهم من أرادنا بسوء فأشغله بنفسه واجعل كيده في نحره.
اللهم صلي وسلم وبارك على نبينا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين. سبحان ربك رب العزة عما يصفون، وسلام على المرسلين، والحمد لله رب العالمين

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net

30 Disember 2008

Hari Terakhir Saya Sebagai Mufti Perlis..

December 9, 2008 at 10:44 am | Posted in Tazkirah | Leave a comment

Hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis. Ini bererti, Pena Mufti kali ini adalah Pena yang akhir daripada saya bagi ruangan ini. Menjelang jam 12 malam ini, maka tamatlah tugasan saya sebagai seorang mufti di Negeri Perlis. Insya Allah, pada jam 10.45 pagi esok (isnin) saya akan bertolak ke United Kingdom bagi cuti sabatikal saya. Saya akan menyempurnakan –dengan izin Allah- kajian perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundementalis dengan orientalis.

Dua tahun sebulan saya menjadi mufti. Izinkan saya pada hari ini menceritakan sedikit pengalaman yang ringkas dalam tempoh tersebut. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman dengan para pembaca yang selalu setia. Jika ada yang baik boleh diambil manfaat, jika ada yang buruk, wajar dijauhi.

Pada hari saya dijemput ke Perlis untuk menjadi mufti saya berfikir panjang apakah yang mampu untuk saya lakukan mengenai perubahan kefahaman dan minda rakyat. Mampukan saya menghadapi corak warna yang sukar diubah yang menguasai suasana. Beberapa hari selepas tawaran itu datang, Ramadan menjelang. Saya yang teramat lemah dan kerdil ini mengambil kesempatan dari dataran Ramadan yang penuh rahmat memohon pertolongan Allah agar diberikan kekuatan dan kemampuan agar saya mampu melakukan sesuatu.

Selepas ramadan itu, saya pun menerima tugas sebagai Mufti Perlis dan cuba melakukan tanggungjawab yang saya percaya saya patut lakukannya. Bermula pada saat itu, saya belum berehat menghadapi berbagai isu yang saya utarakan atau yang muncul dalam masyarakat. Atas slogan: “Kembalikan imej Islam” , “Islam dibina atas dalil dan fakta”, “Islam itu mudah”, “Islam memusuhi kebodohan”, saya berkuliah di sana-sini, berucap dalam berbagai majlis, membentangkan kertas kerja, memberikan pandangan yang berbagai di media, memenuhi berbagai rancangan televisyen, menghadiri berbagai dialog, menulis sekitar seratus lebih artikel yang melahirkan berbagai diskusi sepanjang dua tahun, menghasilkan buku, membuka laman web yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan, berunding dan berbincang dengan berbagai pihak, pertubuhan, artis, pelajar dan lain-lain.

Namun saya terus yakin, masih ada ruangan baki tenaga yang barangkali saya belum gunakan sepenuhnya. Ada waktu saya terbuang kerana bersembang dan ceria bersama rakan dan sahabat yang kadang-kala mengambil masa yang lebih daripada yang patut. Ada juga ruang waktu santai yang kadang-kala mungkin boleh untuk dikurangkan.

Pun bagitu dalam tempoh dua tahun itu saya juga beberapa kali demam yang disebabkan lebihan bebanan kerja. Memerah otak lebih penat daripada memerah tenaga. Alhamdulillah, tidak boleh dinafikan juga, sokongan Kerajaan Perlis yang lepas dan Istana Perlis yang memberi ruang serta tidak pernah mengongkong saya adalah antara faktor yang melancar segala usaha.

Merubah bukit dan gunung kadang kala lebih ringan dari merubah minda manusia yang berakar umbi sekian lamanya. Bukit dan gunung jika diubah tidak akan bercakap, tetapi manusia jika kita ingin mengubah mindanya yang patut diubah, jika mereka tidak bersetuju, mereka bukan sahaja menolak, tetapi merencana untuk bertindak dan kita akan menghadapi padahnya. Bukit dan gunung tidak akan akan berdusta dan membuat cerita bohong mengenai kita, tetapi manusia yang tidak bersetuju akan melakukannya. Bukit dan gunung tidak akan hasad dengan kita, tetapi manusia jika dia hasad, segala kejadian dan cerita luar biasa akan tercetus.

Apapun saya rasa perubahan –alhamdulillah- telah berlaku dalam tempoh tersebut. Berbagai lapisan rakyat yang berjumpa saya menyatakan sokongan. Ribuan email sokongan diterima sepanjang tempoh tersebut. Walaupun tidak dinafikan masih ada yang memusuhi, prejudis dan menganggap saya mengganggu periuk nasi dan kerusi empuk mereka yang selesa terutama sebilangan mereka yang berjawatan dalam agama dan politik.

Dua tahun memanglah singkat. Hari ini saya telah menamatkan pusingan dan tugasan tersebut. Kepada Allah saya serahkan; agar diampunkan kelemahan dan diberi pahala jika ada kebaikan. Siapalah insan yang kerdil dan daif seperti saya untuk merasai diri telah menyempurnakan tugas. Bahkan saya yakin, masih ada ruangan yang patut saya sempurnakan, namun saya tidak memenuhinya. Maka apabila saya ditanya oleh wartawan yang berbagai: “Apakah Dr berpuas hati dengan misi yang dilakukan sepanjang dua tahun ini?”. Jawaban saya, tentulah “tidak”. Saya mengharapkan Allah mengampuni kekurangan dan kelemahan saya.

Saya teringat Rasulullah s.a.w yang amat sempurna itu. Dalam khutbah baginda pada Hari Hajjatul Wada’, baginda bertanya lautan para sahabah yang hadir tentang tugasan yang telah dilakukan oleh baginda. Baginda bersabda:

“Kamu akan ditanya (oleh Allah) mengenaiku, apakah yang akan kamu jawab?” Kata mereka: “Kami menyaksikan bahawa engkau telah menyampaikan, telah menunaikan, dan telah menasihati”. Lalu baginda mengangkat jari telunjuk ke langit dan kemudian ke arah orang ramai dan bersabda: “Ya Allah! Saksikanlah” sebanyak tiga kali. (Riwayat Muslim).

Demikian seorang nabi yang penuh amanah menunaikan tanggungjawab, menyampaikan kebenaran dan menasihati umat, pun begitu masih inginkan kepastian dan kepuasan perasaan dengan bertanyakan orangramai tentang tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh dirinya yang mulia. Siapalah kita di hadapan semua ini.

Mengubah minda dan pemikiran bukan kerja yang mudah. Ia memerlukan masa dan kesungguhan. Lebih daripada itu, ia memerlukan kesabaran dalam menghadapi ujian dan harga yang perlu dibayar untuk sebuah perjuangan. Kata ‘Abd Allah bin Mas’ud r.a:

“Apa akan terjadi kepada kamu nanti apabila fitnah (penyelewengan) membaluti kamu. Anak kecil membesar dalamnya, yang dewasa pula telah tua bersamanya, lalu fitnah dijadikan sunnah (kebiasaan) sehingga jika ia diubah maka dikatakan “ini tindakan yang munkar”. Ditanya beliau: “Bilakah hal itu akan terjadi?”. Jawabnya: “Apabila kurangnya mereka yang amanah dalam kalangan kamu, tetapi ramainya pemimpin (orang politik) kamu, kurangnya mereka yang faqih (memahami hakikat Islam) dalam kalangan kamu tetapi ramainya pembaca al-Quran, dan dipelajari ilmu bukan kerana agama (Allah) serta dicari dunia dengan amalan akhirat” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq- lihat: al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, 1/26).

Ini realiti kita sebenarnya. Banyak perkara bukan agama dikatakan agama. Sehingga manusia sukar hendak membeza antara pendapat ustaz dengan nas al-Quran dan al-Sunnah yang sebenar. Lalu pendapat golongan agama, sekalipun tidak menepati nas tetap dimaksumkan. Contohnya seseorang tidak membeza antara perkahwinan yang sah, dengan perkahwinan yang diiktiraf oleh Pejabat Agama. Seperti cerita seorang kadi yang enggan mengesahkan perkahwinan yang diuruskan oleh kadi lain kerana pasangan tersebut menjemput kadi luar kawasan. Padahal rukun nikah sudah dipenuhi; ada pasangan, wali, saksi dan akad. Namun kerana fulus pendaftaran tidak sampai ke tangan kadi kawasan, maka pasangan itu selama beberapa tahun terpaksa merayu sijil nikah mereka. Menderitalah mereka dalam tempoh tersebut, lalu ada yang menganggap perkahwinan mereka tidak sah.

Sama seperti perkahwinan di luar negara, bukan tidak sah tetapi tidak diiktiraf oleh kerenah birokrasi agama di Malaysia. Begitu juga dalam hal-hal lain termasuk ibadah. Berapa banyak perkara adat melayu disangka ajaran Islam sehingga jika kita berbeza kita akan dituduh dengan berbagai perkara. Demikian juga kita kekurangan tokoh yang amanah tetapi ramai pulak yang hendak jadi ahli politik.

Seterusnya betapa ramai para pembaca al-Quran atau penceramah dalam kalangan kita, tetapi sedikit pula yang benar-benar memahami hakikat Islam yang dihantar kepada umat manusia. Akhirnya kita gagal menampilkan imej Islam yang indah seperti yang diperjuangkan oleh baginda Nabi s.a.w.

Dalam rangkap yang akhir dalam riwayat ‘Abd Allah bin Mas’ud ini dicerita pada zaman fitnah tersebut manusia menggunakan amalan agama untuk mendapatkan dunia. Lihatlah, bermula dengan upah sembahyang hadiah untuk jenazah, upah baca al-Quran untuk mayat sehingga perkara-perkara lain yang lebih besar yang lain. Semua itu projek duit atas nama agama. Berbagai khurafat akhirnya muncul, sedangkan umat Islam dilanda bermacam masalah yang getir.

Saya yang maha lemah ini mencuba untuk memberikan pandangan dan pemikiran agar Islam dan umat Islam dalam negara ini dapat terus tampil relevan terutama dalam menghadapi perubahan zaman. Saya bukan tidak menyokong majlis fatwa kebangsaan, tetapi kita perlukan kematangan dalam membimbing umat dan menghadapi zaman. Di samping fatwa yang ada, cubalah kita juga berikan fatwa yang dapat membangkitkan umat seperti fatwakan berdosa umat Islam di negara ini membiarkan ekonomi dikuasai oleh orang lain.

Alhamdulillah, media seluruh negara begitu baik membantu saya. Antara yang paling utama ruangan saya dalam Pena Mufti ini telah dibaca oleh berbagai pihak. Saya mendapat sahabat yang ramai kerana ruangan, termasuklah Tun Mahathir dan berbagai tokoh besar yang lain. Ribuan email dan surat sokongan saya terima daripada rakyat Malaysia dalam dan luar negara, muslim dan bukan muslim. Juga para pembaca daripada Singapura, Brunei dan Indonesia.

Media-media luar juga sering menemuramah saya. Di mana saya pergi alhamdulillah, berbagai lapisan menyatakan sokongan. Walaupun pada peringkat awal banyak yang prejudis, namun anjakan masa dan perubahan hari telah membawa sebahagian besar mereka dapat menerima bahawa idea dan pandangan yang dikemukakan itu di luar dari daerah kepentingan mana-mana individu atau pihak.

Namun saya tahu yang menolak terus menolak. Saya masih ingat, apabila RTM membuat wawancara khas secara langsung dengan saya yang dikendalikan oleh Datuk Johan Jaafar, apabila saya hadir ke mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan, pengerusinya seakan mengada sidang mahkamah khas mempertikai apa saya kemukakan. Namun kerana masa itu saya masih awal sebagai mufti, saya enggan mengambil langkah bertegang.

Bukan sedikit selepas itu berbagai fitnah datang daripada mereka yang memegang ‘jenama agama’. Ada yang tuduh saya tumbuk imam di Perlis, ada yang kata Amerika bantu. Ada yang ‘sepangkat’ dengan saya dalam ceramahnya menceritakan bahawa saya pergi ke New Zealand keluar bas tidak pakai songkok dan naik bas terlewat. Itu memang benar, namun saya pasti apakah itu perlu dimasukkan ke dalam isi ucapan.

Sehingga pada saat-saat ini pun apabila saya memberikan sedikit alternatif tentang isu yoga, ada pihak yang mendakwa Ph.D saya bukan dalam bidang agama dan saya tidak layak memberikan pandangan di hadapan golongan agama yang sudah lama berjawatan. Padahal Ph.D yang ditulis dalam Bahasa Arab itu telah dicetak oleh UIAM, dan cetakan kedua diterbitkan oleh pencetak buku ternama di Beirut, Lebanon. Saya malas hendak melayan itu semua dalam kesibukan mengejar waktu.

Bahkan rakan-rakan sejawatan beberapa negeri menghalang saya berceramah dalam negeri mereka. Selangor umpamanya membenar semua mufti berceramah, kecuali Mufti Perlis. Pihak JAKIM pula tidak akan melantik saya dalam sebarang panel fatwanya, walaupun mufti negeri-negeri lain dilantik. Saya menerima bahawa itulah realiti perjuangan dengan penuh senyuman dan tidak berkecil hati. Mereka yang lebih daripada saya, bahkan tidak dapat dibanding seperti para nabi dan ulamak terdahulu menghadapi lebih berat daripada itu.

Saya teringatkan kata-kata Za’ba dalam bukunya “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” yang Prof DiRaja Ungku Aziz kirimkan kepada saya agar saya baca. Antara katanya yang pernah saya petik dahulu:

“Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu – iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang – maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi. Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. (m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005).

Saya telah mencuba dalam masa dua tahun yang lepas. Terserah kepada rakyat untuk menilainya. Jika ia tidak berjaya pun, saya mengharapkan Allah memberikan kepada saya pahala. Ya! Ratusan email saya terima membantah keputusan saya tidak mempertahankan jawatan mufti ini. Sehingga ada yang menulis “Selama ini saya amat menyanjungi kebijaksanaan tuan mufti, tetapi saya yakin tindakan tuan berhenti adalah merupakan keputusan yang silap, atau tuan mungkin tidak lagi memikirkan kepentingan umat Islam dan rakyat negara ini lagi. Maafkan saya!”.

Saya ingin katakan, saya akan terus berfikir untuk itu, bahkan saya akan cuba mewakafkan hidup untuk perjuangan yang panjang ini. Saya bukan lari meninggalkan medan perjuangan, tetapi saya insyaAllah akan pulang dengan kekuatan yang baru. Rakyat Perlis bersalam dengan saya pada Jumaat lepas dengan kesedihan dan tangisan. Saya bersyukur saya meninggal jawatan dengan penuh penuh senyuman dan persahabatan. Sekurang-kurang mereka tahu saya telah cuba melakukan sesuatu untuk Perlis dan Malaysia

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

November 21, 2008 at 6:05 am | Posted in Tazkirah | Leave a comment

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah

Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa

selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan
sayap, menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut
dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?

Apakah angkara penjajahan?

Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan
silam dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Blog, Mufti & Ahli Agama

November 19, 2008 at 1:35 pm | Posted in Tazkirah | Leave a comment

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net

Niat untuk berdakwah menerusi internet atau blog sendiri, setakat ini saya dapat saya kotakan Alhamdulillah. Segala jenis pengalaman pahit dan manis ditempuhi bersama dengan web ini.

Sejak dahulu lagi, akan terdapat ilmuan yang mengasaskan institusi pengajian tinggi, pondok, pasentren dan yang sepertinya bagi menyebar luaskan ilmunya kepada masyarakat. Kini, peluang dan ruang itu boleh bercambah lebih luas jika dapat ditambah lagi kepada penggunaan medium lebih luas seperti internet.

Sememangnya sukar untuk dibandingkan antara pengajian berdepan dengan guru (talaqqi) dan ilmu yang diperolehi dan disampaikan melalui internet. Namun paling tidak, ia mempunyai beberapa kelebihan lain seperti penyebarannya lebih meluas dan capaiannya boleh di buat pada bila-bila masa dan di mana-mana.

Jika ingin disenaraikan positif dan negatifnya, secara puratanya yang positif akan mengatasi negatif. Justeru saya bersama rakan-rakan blogger Islam lain akan terus berusaha memakmurkan teknlogi moden yang wujud ini dengan pengisian mendidik minda dan jiwa, merapatkan manusia kepada penciptanya dan membawa manusia tunduk kepada larangan dan suruhanNya.

Setakat pengetahuan saya web bercorak agama yang paling popular di dunia adalah http://www.islamweb.net, http://www.islamway.com dan http://www.islamonline.net. Ketiga-tiga web ini mencatatkan pelawat harian mencecah ratus ribu dan juta, dan jauh lebih popular dari web berita semasa malaysiakini.com.

PELAWAT DI WEB INI

Adapun web saya, ia sederhana sahaja, dengan sekitar 3000 – 4000 unique visitor pelawat menjenguk web saya secara purata dalam sehari. Adakalanya mencecah 5000 – 7000 pelawat. Namun apa yang penting usaha menyediakan platform informasi agama mesti diteruskan.

Sejak Mac 2007, web saya telah dilawati oleh lebih 1.8 juta pelawat. Menurut sitemeter yang saya gunakan, statistic ini hanya mencatatkan unique visitors sahaja, atau setiap satu IP berbeza dikira satu. Begitulah sefaham saya dari panduan sitemeter.

Catatan sitemeter juga telah mencatatkan bilangan halaman yang dibuka mencecah 4.8 juta.

Namun demikian setiap pelawat di web saya ini mungkin berbeza dengan sesetengah web yang lain. Pelawat yang menziarah, datang dari pelbagai latar belakang; dari insan-insan soleh dan solehah sehinggalah dari kalangan pembenci-pembenci hukum, pendengki-pendengki kebaikan dan penyuruh kepada maksiat. Semuanya ada melawat beberapa kali di web saya. Ini dapat dilihat dengan jelas dari komen-komen yang dicoretkan, tetapi sebahagiannya tidak diluluskan, manakala bakinya diluluskan.

Kumpulan kedua ini kerap menghamburkan kata-kata kesat dan yang sepertinya. Lebih memudaratakan, jjka kita tersilap memberi respon atau sedikit teremosi, nescaya akan dijajanya dan diperbesarkan sehabis mungkin.

AHLI AGAMA DAN MUFTI TIDAK PERLU BERBLOG?

Hasil dari kata-kata kesat oleh pelawat negatif ini, munculllah individu yang berpendapat ilmuan agama (atau mufti terutamanya ) sebaiknya mengelakkan diri dari berblog atau mengendalikan web sendiri.

Tindakan mufti yang berblog dikatakan oleh kumpulan ini sebagai boleh dikira menjatuhkan maruahnya dan kedudukannya yang tinggi serta merosakkan jawatan MUFTI.

Hujjahnya :

1) Mufti rasmi (dalam konteks Malaysia), kedudukannya adalah sangat tinggi dan berada di bawah Sultan, tatkala itu sang mufti perlu menjaga hemahnya dan kebesarannya iaitu dengan mengurangkan percampuran dan kekerapan memberikan pandangan.

Bagi mereka yang mencadang idea ini, kekerapan memberi pandangan boleh menjatuhkan ketinggian pandangan ramai terhadap seorang mufti. Lebih senyap mungkin lebih bagus jika menurut pendapat ini, mungkin supaya bila sesekali sang mufti bersuara maka akan terasa kehebatannya dan ‘aura’nya.

Pandangan ini jelas tiada asas sama sekali. Ia bercanggah terus terang dengan sifat baginda Nabi s.a.w yang sentiasa bersama para sahabat menjawab persoalan mereka. Malah Al-Quran juga diturunkan dengan sebahagian asbab an-nuzul yang berkisar kepada menjawab persoalan berbangkit dalam masyarakat Islam ketika itu.

2) Ada pula yang berhujjah, mufti tidak boleh bersuara sewenang-wenangnya. Mereka ada prosedur dan peraturan dalam pengeluaran fatwa, fatwa pula mesti di ‘gazet’kan atau penwartaan secara rasmi dengan perkenan Sultan sebagai Ketua Agama sesebuah negeri. Hanya sesudah itu mereka boleh mengeluarkan fatwa rasmi.

Saya faham akan hal itu, namun adakah mufti tidak mempunyai pandangan peribadi yang boleh dikeluarkan untuk pedoman masyarakat.? Memang benar, setiap fatwa yang diwartakan beerti ia telah dikuatkausakan dan mana-mana individu dalam negeri terbabit yang melanggarinya, si pelaku kesalahan boleh dikenakan tindakan.

Malah fatwa yang dikeluarkan pula mestilah dalam ruang lingkup negeri masing-masing.

Saya faham bahawa mufti ada had kuasa dalam pengeluaran fatwa. Namun demikian, sebagai ilmuan Islam yang menjadi rujukan dalam soal hukum, orang awam sentiasa mengharapkan pandangan peribadi sang mufti dalam banyak isu. Biarpun ia bukan fatwa dalam konteks rasmi, tetapi cukuplah berdasarkan adalah analisa ilmiah mufti atas kapasiti dirinya sebagai seorang dari ‘ilmuan Islam’, demi faedah masyarakat awam.

3) Kali ini, terdapat pula Mufti yang beralasan dengan mengatakan :-

“Wartawan tidak bertanya maka bagaimana saya ingin menyatakan pandangan”

Bagi saya, wartawan tidak merujuk kepada sang mufti, kerana Mufti itu sendiri tidak pernah membuat kenyataan kepada media.

Cubalah pihak mufti meminta pegawainya menelefon wartawan dan kemudian ulaslah isu yang dikehendakinya, tentunya wartawan akan menghargai dan menyiarkannya, kalau tidak semua pun, sebahagiannya.

Jika ini dapat dibuat, selepas ini tentunya wartawan lebih senang untuk menghubungi mufti berkenaan.

Ia bukan tujuan ‘gilakan publisiti atau glamour’ tetapi menggalas amanah sebagai ilmuan Islam selain amanah dari jawatan rasmi sebagai seorang Mufti tadi.

Jika mufti bimbangkan wartawan tidak dapat mencatat ulasannya dengan baik dan tepat, LALU AMAT BAIKLAH bagi mufti untuk mempunyai blog peribadi, bukannya sekadar blog rasmi Jabatan Mufti Negeri. Blog peribadi diperlukan agar belau mampu menyampai segala ilmu tanpa had dan prosedur.

Tahniah buat Mufti bakal bersara beberapa hari lagi kerana punyai blog sendiri.

Firman Allah buat Rasul dan seluruh ilmuan Islam yang mewarisi ilmu Islam dari baginda s.a.w:-

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ

Ertinya : Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya..( Al-Maidah : 67)

Ia diperlukan agar mudah rakyat mengadu masalah dan isu, agar lebih dekat dengan masyarakat dan masalah mereka.

JIka dikatakan, mereka tidak perlukan blog kerana mereka lebih mengutamakan penulisan kitab atau buku. Malang sekali lagi, masih belum begitu nampak buku=buku dan kitab-kitab hasil minda mereka di ketika ini.

Yang ternampak adalah tindakan mengharamkan beberapa buah buku sahaja. Sebaiknya, semasa pengharaman, ada buku yang dicadangkan, janganlah dicadangkan kitab kuning kepada orang awam, perlulah buku moden karangannya sendiri yang telah dipermudah.

Pengalaman blog atau web saya menyaksikan puluh ribuan masaalah masyarakat Malaysia diutarakan kepada saya dan lain-lain blogger agamawan (yang bukan mufti) yang berdakwah melalui blog dan web.

Alangkah baiknya jika mufti rasmi turut boleh merasai bagaimana keringnya umat ini dari ilmu, sebahagian mereka pula amat dahagakan bantuan dan pandangan. Saya cukup simpati dengan semua mereka yang mengutarakan komentar di ruangan web saya berbentuk soalan dan permintaan nasihat, tidak lupa juga di email. Namun jumlahnya TERLALU BANYAK, sehingga mencecah 12 000 soalan dalam ruang komentar, hampir 6000 email soalan agama masih gagal saya balas dalam kotak email saya sejak 3 tahun lepas.

Sabda Nabi s.a.w :-

الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنَ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلى أَذَاهُم

Ertinya : Seorang mukmin yang bercampur bergaul dengan masyarakat dan sabar atas kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah LEBIH BESAR GANJARANNYA dari mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan kejahatan masyarakatnya. (Riwayat Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Ahmad ; hadis sohih)

Sehingga tiada lagi kemampuan saya untuk membuka dan membaca sebahagian besar darinya komentar dan email yang diutus. Maaf saya pinta.

Alangkah baiknya, jika semua mufti dan ilmuan Islam dapat sama-sama berusaha membantu penyoal-penyoal ikhlas dan juga yang ‘nakal’ ini.

Bagi rakan-rakan agamawan atau ilmuan agama, kini semakin ramai yang punyai blog sendiri yang mampu mendidik dan menghampirkan masyarakat dengan Islam.

Tahniah.! Cabarannya adalah semakin tinggi jumlah pelawat yang mengambil manfaat, semakin tinggi juga komitmen dituntut.

Selain ilmu yang perlu dicurahkan, masa mengarang yang diperuntukkan, pemikiran yang ditumpukan untuk mengolah ayat dan mesej agar mudah dan mampu difahami dengan baik. Kami juga tercabar dengan :-

a. soalan-soalan ikhlas lagi mendesak jawapan segera

b. soalan menguji,

c. soalan dengan biadap,

d. soalan dicampur provokasi,

e. soalan basic yang maha amat,

f. soalan berulang-ulang berpuluh dan berates kali,

g. soalan yang jawapannya telah terpampang di artikel tetapi tidak dibaca,

h. soalan dicampur dengan percubaan character assassination,

i. soalan di luar bidang penguasaan ilmu saya,

j. soalan yang boleh dijawab tetapi memerlukan huraian perkara teknikal yang rumit,

k. soalan yang jawapannya sudah diketahui tetapi masih mahu meminta konfirmasi dan pelbagai lagi.

Apabila menerima sebahagian soalan-soalan di atas teringat saya kata-kata Imam As-Syafie

إذا نطق السفيه فلا تجبه … فخير من إجابته السكوت

Ertinya : Apabila berkata kepadamu orang ‘safih’ ( bodoh, provoke, emosi hingga hilang pertimbangan warasnya dan sepertinya) maka janganlah kamu menjawabnya…maka sebaik-baik jawapan kepadanya adalah senyap.

TUNTUTAN KEWANGAN

Selain soalan-soalan sedemikian, kini tuntutan kewangan pula menghambat. Manakan tidak, sejurus web atau blog percuma dilawati oleh ramai, pemilik blog AKAN memerlukan server tersendiri ‘DEDICATED SERVER’ yang mana ia memerlukan kos agak besar dan bersifat bulanan.

Sebagai contoh, berikut adalah Invois yang sampai kepada saya untuk web zaharuddin.net ini:

scannedinvoice

Melihat kepada jumlahnya, saya merasakan perlunya mengambil tindakan berbeza untuk menampung kos web ini.

Justeru, ruangan iklan berbayar (BARANGAN & PERNIAGAAN HALAL SAHAJA) di web saya akan dibuka sesiapa yang berminat. Iklan boleh dibuat bayaran bulanan.

Saiznya iklan yang saya cadangkan adalah sebesar ini gambar logo ukhwah topblog.
Dalam FORMAT GAMBAR JPG dan akan saya letakkan di bawah iklan buku-buku saya, dan disertakan link web anda juga. Sesiapa berminat, boleh menghantarnya ke tibyan2008@gmail.com , pertanyaan juga boleh dihantar ke sana. Pertanyaan hukum ke email tersebut TIDAK AKAN DILAYAN.

Tujuan utamanya agar mampu membantu tanggungan kos server di atas.

Jika ada yang ingin menyumbang terus, ia juga dialu-alukan.

Maybank Islamic

no akaun : 164017071347

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net

16 November 2008

Salah Faham Konsep Doa

November 10, 2008 at 10:33 pm | Posted in Tazkirah | Leave a comment

oleh: Abu Umair

berdoa

Musim haji tiba lagi. Sebahagian umat Islam dari seluruh pelusuk dunia mula berangkat ke Tanah Suci. Sudah pasti keberangkatan mereka ke sana diiringi pelbagai persiapan dan kelengkapan untuk mengerjakan rukun Islam kelima ini.

Antara yang menjadi bekalan sebahagian jemaah haji ialah buku-buku panduan doa dan zikir sepanjang berada di Tanah Suci. Maka tidak hairan buku-buku seperti ini amat laris pada musim haji. Ia pula dicetak dalam pelbagai saiz dan bentuk. Terdapat doa-doa dan zikir-zikir dirakam dan dimasukkan ke dalam album cakera padat (CD) bagi memudahkan jemaah mengikutinya dengan bacaan betul. Selain itu, doa-doa juga dicetak pada kad-kad yang menarik dan boleh digantung di leher jemaah haji supaya mudah dibawa sepanjang perjalanan haji.

Benar, musim haji adalah musim doa. Sepanjang ibadah haji, terdapat beberapa tempat dan waktu yang amat digalakkan berdoa. Tempat dan masa berdoa yang paling utama dan diharap mustajab ialah ketika wuquf di Arafah, sebagaimana disabdakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Tetapi agak mendukacitakan apabila sebahagian jemaah haji tidak memahami konsep berdoa yang sebenar. Ada yang menyangka bahawa tidak sah berdoa jika tidak dalam Bahasa Arab. Maka terpaksalah bergantung sepenuhnya kepada buku-buku panduan doa yang dibeli, walaupun doa-doa yang dilafazkan tidak difahami oleh diri sendiri. Alangkah pelik, sang hamba meminta dengan Tuhannya suatu yang dia sendiri tidak faham.

Lebih mendukacitakan, ada jemaah yang menganggap tidak sah berdoa di tempat-tempat tertentu kecuali dengan doa-doa tertentu yang terdapat dalam buku panduan yang dibelinya. Maka berdoa di Multazam mestilah dengan doa khas. Berdoa di Raudhah mestilah dengan doa khas. Berdoa ketika tawaf juga mestilah dengan doa khas. Malahan setiap pusingan tawaf mestilah dibacakan doa tertentu sebagaimana tercatat dalam buku panduan doa.

Saya ingin menceritakan pengalaman isteri saya ketika masuk ke Raudhah di Masjid Nabawi pada suatu pagi. Bagi yang pernah masuk ke Raudhah sudah pasti dapat membayangkan betapa sempit kawasan tersebut dan sukar untuk dimasuki, kerana ia menjadi tumpuan untuk beribadah.

Alhamdulillah, setelah bersesak-sesak untuk masuk ke Raudhah, akhirnya isteri saya berjaya sampai ke sana. Pada waktu itu, ada seorang jemaah wanita yang dapat masuk bersama-samanya di Raudhah. Sebaik sahaja wanita itu sampai ke Raudhah dan mendapat tempat di satu saf di situ, tiba-tiba dia memberitahu kepada kawan-kawannya bahawa dia terpaksa keluar semula ke hotel tempat penginapan. Kenapa? Kerana satu sebab iaitu dia tertinggal buku panduan doa. Maka terpaksalah wanita malang ini bersesak-sesak di tengah orang ramai untuk keluar semula dari Raudhah.

Beginilah susahnya beribadah jika konsep ibadah tidak difahami. Doa adalah satu ibadah yang mudah, tetapi ia digambarkan sebagai sukar. Syarak tidak mewajibkan membaca doa-doa tertentu ketika berada di Raudhah, tetapi sesetengah jemaah memahami bahawa mesti membaca doa khas ketika berada di sana. Begitu juga dengan tempat-tempat lain sepanjang musim haji.

Maka amat perlu di dalam kursus-kursus haji dan umrah, ditekankan konsep berdoa yang betul dan bertepatan syariat. Buku-buku panduan doa juga tidak sepatutnya tertumpu kepada menyebut doa-doa sahaja. Mesti diterangkan juga konsep doa yang sebenar.

Dengan kefahaman yang betul tentang doa, barulah ibadah haji dapat dikerjakan dengan diiringi doa-doa yang dipanjatkan ikhlas kepada Allah. Bukan sekadar upacara mengangkat tangan sambil melafazkan ucapan-ucapan dalam Bahasa Arab yang entah difahami atau tidak. Semoga dengan kefahaman yang betul tentang doa, ibadah haji tidak lagi diganggu oleh insiden tertinggal buku panduan doa yang memayahkan umat.

sumber: http://abuumair1.wordpress.com/2008/11/07/salah-faham-konsep-doa/

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.